About Me

Ikuti Forum UNESCO Menjuarai Bab GCED!

 Alhamdulillah terpilih untuk ikuti kursus online bersama pihak @apceiu UNESCO yang menjuarai bab GCED, Global Citizenship Education.

Bersama lagi 52 peserta dari seluruh dunia, kursus online ini akan memakan masa 4 minggu dengan tugasan yang betul-betul dipantau instructor. Jadi setiap perbincangan bacaan dan video semua kena komen dengan context. Bukan main tulis, DONE!

Ilmu GCED nih first abam dapat masa sertai Korea-Malaysia Teacher Exchange Programme tahun 2015. Masa tu lah baru berkenalan pasal GCED dan camana nak integrate dalam kelas. Tahun 2017, bila abam hasilkan siri buku PBL juga abam dah masukkan skali elemen GCED dalam tu.

Sekali pun di Malaysia, kita dah ada EMK yang berkaitan dengan nama Kewarganegaraan Global dalam Kelestarian Global, tetapi penekanan secara langsung adalah sangat kurang.










Pada pandangan saya, mungkin disebabkan negara kita dari awal lagi sudah terdedah dengan GCED menerusi budaya multi bangsa kita. Jadi tidak lah kita pulun sangat macam negara Korea yang asasnya satu bangsa saja dan lain-lain.

Selain tu, pemerhatian saya ramai lagi guru kita yang masih belum terdedah dengan ilmu #GCED nih.

Tahniah juga saya ucapkan buat rakan-rakan alumni KOMTEP yang sangat aktif memperkenalkan GCED dan banyak buat aktiviti dalam kelas dan di sekolah mereka. Tak sia-sia tau KPM hantar depa pi ngajar di Korea 3 bulan! 😍

#globalcitizen



Catat Ulasan

0 Ulasan