About Me

Perjalanan Sarjana: Dari Sebuah Lesson Learnt

 Alhamdulillah selesai satu lagi chapter dalam hidup nih. Terima kasih buat mak ayah keluarga dan teman rakan serta anak murid yang sentiasa menyokong perjuangan nih.

Saya ambil keputusan sambung Master bila saya dapati sikit sangat ilmu saya tentang benda2 research. Apatah lagi selepas "lesson learnt" di Ki Hajar Dewantara Award tahun 2018, saya nekad sungguh, meskipun tak pernah ada cita-cita nak sambung belajar. Kenangan ngeri extend 3 Sem masa degree dulu macam terus menghantui. Hahahahhaha...
Saya pilih UKM sebab pada masa tu hanya UKM saja yang ada offer Mod Cuti Sekolah. Untuk guru yang sentiasa sibuk setiap weekend, memang saya rasa ini saja yang paling fleksibel untuk saya. Yang lain tu, susah sket saya nak bagi komitmen masa saya rasa.
Dan kenapa bukan HLP, biasiswa KPM? Heheh.. Saya ada alasan saya sendiri. Yang tu kena PM tepi naa.




Di celah kesibukan mengajar di sekolah, berceramah, update blog dan tulis buku, dapat lah jugak hasilkan 1 lagi inovasi dan 1 Kajian Tindakan daripada pengalaman Master ini. Tapi yang lebih penting sebab dapat jumpa lebih ramai lagi rakan Sains dan para pensyarah yang sentiasa tak lokek nak membantu.
Dedikasi khas juga buat SV saya, Prof Dr Kamisah Othman yang sentiasa bersabar dengan ragam dan kerenah saya sepanjang 2 tahun ini. (cc Rakan seSV:
Shikin Nordin
) 😝
Tak lupa juga buat rakan-rakan Pendidikan Sains dan Sains Sukan, especially team assignment (
Nor Lizah
,
Aratso Azizz
, Tasha dan
Zarul Hirniza
) dari Sem 1 hingga lah selesai. Tanpa korang, tak merasa konvo ler aku.
OK, sayang semua. Nanti April tahun depan kita up gambar konvo naaa.. 💕 @ University Kebangsaan Malaysia (UKM)

Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. Best and also Lowest priced Jabodetabek Non-public Instruction, all of our personnel as well as educators occur to your house, set your personal review routine which enables it to select any industry involving analysis ... click https://privat-inggris.netlify.app/kursus-bahasa-inggris-pejaten.html for more information

    BalasPadam