About Me

Asid Atau Alkali? : Ketahui Tentang Kertas Litmus

 Antara asas Sains yang murid selalu confuse adalah untuk uji Asid atau alkali, kertas litmus warna apa yang kita kena guna. Merah ke biru?

Kaedah paling mudah, ialah ajar
ALI MAT BLUE
Alkali Merah Biru

Tapi saya taknak murid saya hanya tahu menghafal. Faham konsep tu yang penting. Maka bila mai tajuk Asid dan Alkali, saya akan guna kaedah #inkuiri nih.

Bagi 4 jenis larutan berbeza untuk mereka. Ada yang asid, ada yang alkali. Saya guna benda mudah saja macam air sabun, cuka, etc.

Kemudian mintak murid uji dengan kertas litmus biru. Semua Larutan. Ada yang berubah, ada yang tak berubah. Yes. Pastu catat kat kertas.

Kemudian try plak dengan kertas litmus merah. Sama. Ada yang berubah, ada yang tak berubah. Baguih. Catat kat kertas jugak.









Mintak diorang bentang dapatan eksperimen. Kena nyatakan Larutan ABCD tu berasid atau beralkali. Pastu kena terang kan juga sebab kenapa kata Larutan tu berasid atau beralkali.

Pendek kata, depa sendiri explore, depa sendiri yang tahu. Best tak?

Yang nak tengok aktiviti mereka tadi boleh tonton video nih yer https://youtu.be/bfRnTFgy1fc

Selamat mencuba! 💕

Catat Ulasan

0 Ulasan