About Me

Dedikasi Istimewa Dari Bekas Murid: "Pendidik" Shortfilm

Trailer 1 minit kali nih beri banyak makna kepada saya sebagai seorang guru.
Saya kira ini adalah satu dedikasi istimewa dari bekas murid, Muhammad Afiq Affendi yang saya kenali sejak 2012 kepada usaha buat seorang guru biasa dari sebuah kampung di Perlis.
Mula berkenalan kerana Pertandingan Liga Remaja Kreatif @skmm_mcmc, saya nampak passion dan bakat Afiq dalam video cukup luarbiasa. Melihat potensi yang ada, kami pernah bergandingan untuk satu projek video #STEM KPM, "To float or not to float" . Sehingga lah kini Afiq ke ASWARA bagi kursus filem, dan selebihnya saya rasa bakal mencipta sejarah!
Doku drama dengan judul "Pendidik" ini merupakan sebuah karya Kreatif yang sangat peribadi bagi saya.
Digarap oleh Pengarah dengan sangat menarik, ia menceritakan tentang peranan guru dalam pendidikan pasca pandemik. 5 hari Afiq datang berkampung kat sini untuk dapat feel.
Doku drama ini juga memaparkan sinematografi keindahan kampung saya di #Perlis yang diabadikan dengan begitu cantik sekali.
Trailer yang dimulakan dengan ucapan Perdana Menteri Tan Sri @muhyiddinyassin_official semasa Hari Guru 2020 juga memberi kesan mendalam kepada saya. Sejarah diri yang dirakamkan dengan cukup baik.
Rasa tak sabar sangat nak tunggu video penuh yang akan disiarkan pada awal Ogos nanti.
Oh ya, doku drama ini juga adalah tugasan yang perlu disiapkan Afiq semasa PKP arituh. Terima kasih kerana memilih untuk mengabadikan kisah seorang guru. Marilah kita doakan semoga pensyarahnya lembut hati dan beri A+ atas usaha bersungguh Afiq. Amin!

Catat Ulasan

0 Ulasan