About Me

Boleh Gulung Lidah Ke Idok?

Khamis arituh buat aktiviti dengan murid Sains Tingkatan 4 bagi tajuk Variasi, iaitu kepelbagaian ciri-ciri yang ada pada badan manusia.
Saya suka cara inkuiri, murid pergi tahu sendiri variasi tu ada 2 jenis, Selanjar dan Tak Selanjar. Bukan dengan cara dari bacaan buku. Sebaliknya melalui aktiviti dalam kelas.
1. Worksheet untuk aktiviti diedar
2. Murid kena dapatkan tinggi, berat, kebolehan gulung lidah dan jenis cuping telinga
3. Tulis untuk diri sendiri dulu
4. Tulis info dari kawan sekelas; 2 yang sama jantina, 2 yang berbeza jantina
5. Dalam kumpulan, dapatkan maklumat untuk ciri tertentu daripada kesemua murid
6. Dapatkan jumlah dan peratusan
7. Interpret kepada graf yang sesuai
8. Pembentangan setiap kumpulan






Masa pembentangan nih sangat ler penting. Penting untuk nampak kan kat murid bahawa ada dua jenis variasi pada ciri-ciri yang depa cari tadi. Sampai akhirnya, murid yang dapat buat kesimpulan bahawa ada dua jenis variasi, dinamakan Selanjar dan Tak Selanjar dan graf yang berpadanan.
Yang tak paham boleh sambung tonton videonya kat
https://youtu.be/wic0l__MHoI

Aktiviti nih sama saja dengan aktiviti pdpc yang saya pernah buat semasa lawatan benchmarking sekolah Maahad Hamidiyah Kajang ke sekolah saya tahun 2018 dulu.
P/s: Sapa boleh gulung lidah, kita geng!
#IBSE #pascapandemik #eksperimen @ Smk Jerlun

Catat Komen

1 Ulasan

  1. boleh share borang tu x cikgu? terima kasih

    BalasPadam