About Me

Urus Masa 24 Jam: Perlunya Keberkatan Masa!

MENGURUSKAN MASA

Baru-baru ini semasa berkongsi pengalaman dengan guru dan pensyarah Pusat Genius Pintar UKM, antara soalan yang diajukan kepada saya adalah bagaimana saya uruskan masa. Antara soalan lazim juga yang selalu saya terima sebelum nih.



Urus Masa 24 Jam: Perlunya Keberkatan Masa!
Urus Masa 24 Jam: Perlunya Keberkatan Masa! 


Jika nak ambik mudah, dan merendahkan apa yang kita buat, ada yang rasionalkan dengan, "Oh.. Bujang.. Patut lah boleh buat macam-macam..."


Tapi depa lupa, bujang pun ada komitmen keluarga, dan ada ja bujang yang tak mau buat apa-apa pon. 😅

Semuanya pasal pilihan. Ramai ja yang kawen beranak pinak saya kenal, pon aktif buat macam-macam benda.


Pendek kata, soal komitmen masa kita tak sama. Maka sapa dapat buat, buat lah. Kalau tak dapat buat, kita dok senyap-senyap OK. Kita support je.

Walau orang nampak saya macam sibuk, tapi percaya lah saya masih boleh buat benda yang saya suka buat. Cari anak ikan kat market, makan dengan mak ayah, jogging setiap petang, membawang dengan rakan-rakan, lepak minum-minum kopi, menulis kat blog, update media sosial, layan cerita Korea kat Netflix, dan banyak lagi.


Hidup saya tak lah bosan sangat nak menghadap bab sekolah dan bab pendidikan saja! 😝

Jadi sejujurnya saya takdak jawapan tepat untuk bagaimana saya uruskan masa 24 jam saya. Takdak rahsia. Cuma selalu saya percaya, sapa yang dapat uruskan masa 24 jam dia dengan baik, maka dia lah orang yang beruntung.


Ya lah. Contohnya, 3 bulan PKP orang boleh buat 10 buah buku. Kita sebuah buku pon tak boleh buat. Tidak kah kita jadi orang yang rugi?

Pendek kata, selain rezeki, KEBERKATAN MASA juga sangat penting untuk hidup kita. Jangan kita jadi dalam kalangan mereka yang rugi ya!


P/s: Senarai sket apa skil baru hangpa dapat belajar 3 bulan nih.. Saya belajar buat bendang! 😝

Catat Ulasan

0 Ulasan