About Me

Pengajaran GTP 05 - Never Never Give Up!

NEVER NEVER GIVE UP!

Ramai yang tahu bahawa saya hanya dapat gelaran Finalis Top 50 Global Teacher Prize selepas 5 tahun saya mencuba.

5 tahun mencuba, bermaksud juga 4 kali saya telah gagal dalam cubaan sebelumnya. Betul tak?




So, cuba bayang pulak jika saya berhenti mencuba setelah 3 kali gagal. Tentu anda semua pon takdak rezeki nak baca semua perkongsian ini kan.

Ya, pengajaran ke-5 saya dapat dari pengalaman ini adalah jangan mudah berputus asa. Teruskan usaha keras, sampai dapat capai apa yang kita nak.

Seperti anda semua, kejayaan tak datang dengan mudah untuk saya. Tapi datang dengan usaha kuat. Usaha yang tak pernah jemu.

Yang follow saya juga mesti selalu baca kisah betapa struggle nya saya masa wat degree dulu. Hampir kena buang universiti, extend 3 semester, terpaksa wat loan tambahan selepas PTPTN etc.





Dan adakah 5 kali mohon GTP baru nak berjaya itu satu kelemahan untuk saya?

Tak! Malah satu pengalaman manis untuk saya kongsikan dengan yang lain, bagaimana setiap kegagalan itu jadi pelajaran bermakna untuk saya. 

Sebab tu saya tak pernah malu nak kongsi setiap kisah 'kegagalan' tu. Nak bagitau, bahawa nak berjaya tu banyak cabaran dia, banyak kegagalan dia.

Kena faham juga, tak semua orang rezekinya mudah. Ada yang dapat dengan laluan lebih berliku, berombak, lebih banyak ujian. Supaya setiap kegagalan dan pengalaman tu jadi tangga-tangga yang bawa kita menuju kejayaan.

Akhirnya, kejayaan tu pasti jadi lebih manis kan? ❤️

#GTP2020

Catat Komen

0 Ulasan