About Me

Pembentangan Berkesan Guna Teknik "STORYBOARD" dan "STORYTELLING"

STORYBOARD + STORYTELLING

Maaf lah yer. Abam ni memang pelik-pelik sket. Kertas draf pun dah keronyok. Tapi sebelum tu abam nak share satu skil, camna nak planning dan susun slaid untuk pembentangan.

Skil nih dapat sendiri melalui pengalaman. Memang takdak belajar dari mana-mana secara proper. Kalau sapa ada ilmu berkaitan, boleh lah tambah sama ye.

So bila diberi tugasan untuk buat pembentangan, memang serious kita ada banyak idea, banyak benda nak bagitau, tapi taktau nak cerita mana satu dulu kan. Haaaaaa.. Betui dak?



Pembentangan Berkesan Dengan Teknik "STORYBOARD" dan "STORYTELLING"
Pembentangan Berkesan Dengan Teknik "STORYBOARD" dan "STORYTELLING"


Jadi abam akan guna dua teknik nih, iaitu Storyboard dan Storytelling.

Storyboard supaya abam nampak jelas apa yang nak bagitau dalam pembentangan. Lebih sikit slaid, lebih bagus.

Masa ni, apa yang terlintas di kepala, memang abam akan tulis dan lukis. Nanti baru nampak, oohhh.. Ada yang boleh combine... Oohh.. Ada yang kena buang... Ooohhh.. Yang nih dah cerita. Slaid akan jadi solid dan mantop!

Dah siap pindah ke slaid, abam akan pangkah. 😂


Pembentangan Berkesan Guna Teknik "STORYBOARD" dan "STORYTELLING"
Pembentangan Berkesan Guna Teknik "STORYBOARD" dan "STORYTELLING"


Storytelling pulak supaya penceritaan abam nanti flow dia jadi nice saja. Orang pun suka dengar senang faham.

Bila dah ada storyboard maka mudah nak tengok camana kita nak "ceritakan" slaid kita. Boleh mula dari general kepada khusus, atau jugak sebaliknya. Yang penting ada continuity nya tu. Jangan main jump sana sini.

Abam suka jugak aspek saspen untuk tarik retention pendengar dengan kita punya pembentangan. Part akhir atau penutup tu mesti padu supaya pendengar ada rasa wowwwww, omaigod dan tersentuh. Terharu sampai mengalirkan air mata tu lebih super padu!

OK tuh je nak kongsi.. Semoga membantu!

P/s: Kertas draf tu biasanya abam keronyok dan buang. Sebab dulu-dulu Tok Guru pesan lagu tu kalau nak boleh hafal cepat. 😂

Catat Komen

0 Ulasan