About Me

Meeting GTP 2020: Hadapi Pandemik Dengan Kerjasama Guru

MEETING GTP 2020

Dua hari lepas buat pertama kalinya kumpulan Finalis Global Teacher Prize 2020 berkumpul untuk satu meeting online.

Selain dapat berkenalan dengan semua 50 orang guru hebat seluruh dunia nih secara lebih dekat, kami juga dapat peluang berkongsi apa pendekatan pendidikan yang masing-masing guna semasa pandemik.




Untuk team saya, kami sepakat bahawa "collaboration among teachers is a must!" Saat genting pandemik nih, kena saling belajar antara satu sama lain, saling sokong satu sama lain dan saling bantu sama lain.

Sempat juga saya kongsikan collaboration hebat antara cikgu Malaysia menerusi inisiatif guru kepada guru, iaitu cikgooTUBE.

Usaha yang bermula kecil, kemudiannya menjadi sesuatu yang disebut-sebut semua, berkat sokongan rakan guru dan paling penting adalah sokongan padu Kementerian Pendidikan Malaysia sendiri, menerusi Bahagian Sumber Teknologi Pendidikan.

6000 ahli dalam telegram yang aktif berkongsi video pendidikan mereka setiap hari bukti bahawa inisiatif ini dekat dengan guru. Selain membantu diri sendiri, secara tak langsung juga membantu rakan guru lain juga untuk bahan pembelajaran berkualiti dan ikut spec Malaysia.

Oh ya. Beberapa rakan dari negara lain juga turut berkongsi inisiatif yang hampir sama, tapi pada skala yang lebih kecil dan dengan atas usaha sendiri. 

Harapan saya, semoga kita teruskan sikap berkolaboratif dan berkongsi dalam kalangan guru Malaysia jika kita mahu kan pendidikan kita yang lebih cemerlang. Kita naik sama-sama! ❤️

Catat Ulasan

0 Ulasan