About Me

Cikgu Jadi Subjek Kajian Assignment; Oral History Kepada Penulisan Rujukan

ORAL HISTORY JADI RUJUKAN

Terima kasih buat Shazlin dan Emylia dari UiTM Machang yang interview saya tadi untuk tugasan assignment diorang.

Mula-mula ingatkan mahasiswa pendidikan. Tapi rupanya ambik kos Pengurusan Maklumat. Tugasan diorang pasal temuduga tokoh untuk tukar oral history (wawancara) kepada penulisan rujukan (bertulis).




Dah habis 100 soalan tadi, saya pulak tanya diorang. 

Kenapa pilih nak interview cikgu? Pilih la Doktor ke, ahli Perniagaan ke profesional lain ke apa ke yang keje gaji lagi mahal-mahal, juta juta.

Diorang jawab, keje cikgu pon OK apa. Boleh jugak berjaya macam orang lain. Boleh sumbang banyak benda. Boleh capai kejayaan sampai luar negara. Boleh bina nama dan bangga kan negara. Paling penting, sama saja level dengan profesional lain jika kena dengan usaha.

Alhamdulillah. Suka saya dengar bila orang lain nampak kerjaya guru nih sama level dengan kerja profesional lain. Petanda, kita dah buat lebih daripada jangkaan orang lain.

Sama-sama lah juga kita usaha untuk angkat semula profesyen mulia nih jadi profesyen yang terus dihormati dan dirahmati.

Respect is earned, not given. 🌹

Catat Komen

0 Ulasan