About Me

Webinar Pendidikan COVID-19 Bersama Guru Jakarta Barat

WEBINAR COVID-19 JAKARTA BARAT

Jemputan last minute dari teman di Jakarta Barat untuk bersama lebih 1800 guru di Indonesia dalam perkongsian Pendidikan Pasca COVID-19. 

Berbeza dengan Malaysia, di sana mereka masih lagi bergelut dengan kes jangkitan yang tinggi. Turut mereka kongsikan adalah beberapa amalan yang dilakukan oleh guru-guru mereka, terutamanya di sekitar Bandung.



Banyak juga perkara yang memberi info baharu kepada saya. Menarik melihat peranan yang dimainkan oleh pihak Dinas Pendidikan (Jabatan), Guru, Ibubapa dan Masyarakat semasa pandemik bagi memastikan pendidikan terus berlangsung di sana.

Dari pihak saya pulak perkongsian lebih tertumpu kepada Pendidikan Pasca COVID-19 di Malaysia mengikut SOP yang telah di keluarkan oleh KPM semalam. 





Pada pandangan saya, hampir sama saja dengan SOP seperti yang di rancangkan oleh Pendidikan Indonesia. Fokus utama adalah kesihatan dan keselamatan murid, jika sekolah dibuka.

Semoga yang baik baik saja untuk kita bila sekolah dibuka nanti. Amin.

Catat Komen

0 Ulasan