About Me

Wacana Guru Kedah Sempena Hari Guru 2020

WACANA GURU KEDAH

Alhamdulillah diberi peluang hari ini untuk menjadi Moderator (bersama Ustad Shauki) dan juga AJK Teknikal mewakili Majlis Guru Cemerlang Kedah dalam sumbangan kepada satu lagi aktiviti sempena Sambutan Hari Guru 2020 peringkat negeri #Kedah, iaitu WACANA GURU.




Menggabungkan 9 orang ahli panel hebat, dari pelbagai lapisan dalam organisasi pendidikan, dari pejabat hingga ke sekolah, wacana ini berjaya menghimpunkan aspirasi dan hasrat dari sudut pandang lapisan pendidik yang lebih holistik.

Antara ahli panel adalah: 

*WACANA GURU: SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT NEGERI KEDAH 2020*

Tarikh  : 27 Mei 2020
Hari      : Rabu
Masa    : 10.00 pagi
*siaran live FB Jabatan Pendidikan Kedah*

Moderator    :
1. *Ustaz Mohd Shauki Bin Ismail*, KPP, Pembangunan Adab & Nilai, JPNK.
2. *Cikgu Norhailmi bin Abdul Mutalib* Global Teacher Prize 2020. SMK Jerlun.




Panel:
1. *Hj Ismail Bin Othman*. TPP Sektor PPPD, JPNK.
2. *Hj Turin Bin Ahmad*. KPPK SPP, JPNK.
3. *Hj Ismail Yahaya*. KPPK Rendah, SPS,JPNK.
4. *En. Wan Nor Azman Bin Zainol*. KPP Pembangunan Murid, JPNK.
5. *En Abdul Rashid Bin Abd Rahman*. PPD Baling.
6. *En. Mohd Nizam bin Saidin* Guru Besar SKDWK.KP.
7. *En. Izady* GKMP SMK Pinang Tunggal.KMY
8. *Cikgu Ilavarasi* Guru Adiwira McDonald 2020, SMK Kuala Ketil.Baling.
9. *Cikgu Mohd Redzuan Bin Mustapai* SK Jitra 2, Sijil Kejurulatihan AFC/FAM kelas C, Sains Sukan Kelas 1, Kursus Awalan Penjaga Gol. Guru yg membawa pasukan Malaysia ke Osaka, Jepun 2019.

Pegawai yg boleh dihubungi utk mendapatkan sebarang pertanyaan; En Malek Bin Abu Hassan. Timb. Pengarah Pendidikan Pengurusan Sekolah, JPNK.

Maklumbalas penonton pun sangatlah best. 

Malah lebih menggembirakan Timbalan Menteri Pendidikan juga, YB Cikgu Muslimin Yahaya pun turut bersama mengikuti live streaming tadi. Bangga weyh!




Apa pun saya nak ucapkan terima kasih buat #JPNKedah, SSTP Kedah dan juga MGC Kedah untuk ruang menyumbang sedikit kemahiran yang ada. 

Saya tutup posting nih dengan pantun menarik yang dikongsi oleh Tuan Haji Turin tadi.

 "Apa tanda batang tebu
Batang tebu halusnya uratnya
Apa tanda orang berilmu
Orang berilmu tinggi makrifatnya" 

#HariGuru2020  @ Jabatan Pendidikan Negeri Kedah

Catat Ulasan

0 Ulasan