About Me

Sampai Bina Pusat Akuatik Sendiri Untuk Orang Asli, Hebatnya Cikgu Mie Ubai!

WIRA TAK DIDENDANG

Hari nih rasa puas hati sungguh dapat dengar perkongsian dari hati ke hati dengan seorang WIRA TAK DIDENDANG nih, Cikgu Mie Ubai.

Serious kagum. Saya sendiri pon tak mampu buat apa yang beliau dah usahakan 17 tahun dengan masyarakat asli di Runchang dan Simpai.




Mendengar sendiri falsafah tentang pendidikan dan bagaimana beliau menyerap dalam masyarakat Orang Asli,  membuat saya terpikir, apa pulak sumbangan kita?

Dan yang paling saya suka, beliau tak pernah raih cerita murahan dengan kesusahan anak murid aslinya, sebaliknya dengan kejayaan dan kemenjadian mereka. Itu yang kita nak dengar! 

Kalau tak masakan lah anak didik beliau dapat harumkan nama sampai ke daerah dan negeri. Yang wakil #Pahang untuk SUKMA pon ada. Sukan terjun plak tu. Dan yup, semuanya datang dari #Runchang dan #Simpai, tempat yang orang ramai katakan tak ada potensi tu.

Itu belum lagi cerita usaha beliau yang sedang bina Pusat Akuatik bersaiz Olimpik di Simpai, dengan kos dan kudrat sendiri! Giler weyh.. 




Saya pulak yang jadi konfius, kenapa di Simpai? Tempat terpencil macam tu? Jawapan dia sebab beliau yakin dengan bakat dan potensi yang pada murid jika digilap dengan betul! 

Percaya dan buat dengan iltizam! Itu yang saya salute tu.

Malangnya di Malaysia, kisah pendidikan macam nih bukan nak viral, dan bukan orang nak dengar sangat. Kebanyakan masanya yang viral tu cerita sendu raih perhatian sebab sendiri yang mau nak viral. Impak kat murid, out! 

Yang nak dengar banyak lagi cerita rare Cikgu Mie Ubai nih boleh klik link kat bawah. InshaAllah banyak kita boleh belajar.

1. https://youtu.be/zGZAu8Jf5q8
2. https://youtu.be/B2RMJNrpA5I
3. https://youtu.be/Z9np76WE3bY
4. https://youtu.be/uN_t6iKth5Q
5. https://youtu.be/Mpq3MKy5_cI

Saya doakan semoga Cikgu Mie Ubai terus diberi kekuatan semangat dan sehat tubuh badan untuk terus menyumbang pada Pendidikan Orang Asli. Allah saja yang dapat balas jasa baik cikgu. 

Saya salute! 



P/s: Saya sendiri sebak masa baca komen bekas anak murid #OrangAsli Cikgu Mie Ubai masa di Runchang waktu kami live tadi.. 😭😭😭

Catat Komen

0 Ulasan