About Me

Hari Guru Istimewa 2020: Bila PM Sebut Nama Cikgu Hailmi!

Baru berkesempatan nak ucap Selamat Hari Guru (행복한 스승의 날 되세요) kepada semua rakan guru di Malaysia.


16 Mei yang sibuk dan penuh dengan kejutan.



Realiti Rakyat ASTRO Awani ~ Segmen Khas Hari Guru 2020 bersama Cikgu Hailmi
Realiti Rakyat ASTRO Awani ~ Segmen Khas Hari Guru 2020 bersama Cikgu Hailmi


8.30 pagi - Bersama @501awani untuk segmen Realiti Rakyat khas Hari Guru dengan cikgu viral, Faridah Matt. Mata sepet gilo weyh.. 😑


<iframe width="560" height="315" src="https://www.youtube.com/embed/89-LYXqltIU" frameborder="0" allow="accelerometer; autoplay; encrypted-media; gyroscope; picture-in-picture" allowfullscreen></iframe>



9.00 pagi - Sambutan Hari Guru dengan rakan #cikgooTUBE. Terinspirasi sangat dapat temubual, tanya soalan direct dengan tokoh hebat pendidikan kita macam Tan Sri Khair Mohamad Yusof, Datuk Dr Amin Senin, Dr Ahmad Rafee Che Kassim, Datuk Maimunah Suhaibul dan Cg Pengarah Shafruddin Ali Hussin.



Sambutan Hari Guru #cikgooTUBE bersama tokoh pendidikan negara
Sambutan Hari Guru #cikgooTUBE bersama tokoh pendidikan negara


Kesemua orang hebat nih ada satu persamaan saya prasan. Semuanya sangat humble dan passion dalam bekerja. Jawatan dan pangkat bukan kejaran mereka. Sebaliknya itu yang kejar mereka sebab cara kerja mereka.


<iframe width="560" height="315" src="https://www.youtube.com/embed/1xKClX6aVHA" frameborder="0" allow="accelerometer; autoplay; encrypted-media; gyroscope; picture-in-picture" allowfullscreen></iframe>



11.00 pagi - Perutusan PM yang menyenaraikan beberapa kisah guru untuk diangkat Hari Guru tahun ini. Cikgu Aman , Cikgu Lee Sawim, Cikgu Samuel Isaiah dan saya sendiri. Meremang bulu bila dengar nama sendiri diumum oleh TSMY, disaksikan di sisi mak ayah dan keluarga lain.



Hari Guru Istimewa 2020: Bila PM Sebut Nama Cikgu Hailmi!
Hari Guru Istimewa 2020: Bila PM Sebut Nama Cikgu Hailmi! 



Walaupun pencapaian abam satu baris je dia tulis, tapi abam syukur sebab Allah bagi rezeki usaha keras kita dirai. Secara personal juga, ini adalah kejayaan untuk kesemua guru Generasi baharu Malaysia yang sentiasa berusaha meningkatkan diri untuk jadi guru lebih baik.


<iframe width="560" height="315" src="https://www.youtube.com/embed/kUqFszGoqwI" frameborder="0" allow="accelerometer; autoplay; encrypted-media; gyroscope; picture-in-picture" allowfullscreen></iframe>


Terima kasih juga untuk rakan guru, kenalan dan anak murid tersayang yang tak putus ucap tahniah sejak semalam. Anda inspirasi saya! 😘


2.00 petang - Tidor

7.29 malam - Buka puasa


8.00 malam - Cover tentang Hari Guru di berita utama Stesen TV. Paling takble blah @buletintv3 punya gambar ternganga depa ambik kemain happy weyh. Hilang kehenseman abam 70%!



Cover tentang Hari Guru 2020 di berita utama Stesen TV
Cover tentang Hari Guru 2020 di berita utama Stesen TV


Hahahaha.. Tapi abam redho jer, mungkin depa nak tunjuk betapa happynya abam dapat jadi cikgu! 🤣


Abam tutup posting nih dengan satu kata-kata hebat daripada ikon pendidikan Indonesia yang cukup abam suka, Ki Hajar Dewantara.


"Ing Ngarso Sung Tulodo
Ing Madyo Mangun Karso
Tut wuri handayani.."

"Yang di depan memberi contoh
Yang di tengah memberi semangat
Yang di belakang memberi sokongan.."


Tahu kita di mana? Jalan kan tanggungjawab dengan baik.. 😎

Selamat Hari Guru
Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu!


#HariGuru2020

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Tahniah cikgu di atas pengiktirafan sebagai Guru Cemerlang sempena Hari Guru 2020...

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah...Tahniah cikgu...Sumber inspirasi...Mohon untuk share apa juga coretan cikgu...Terima kasih...

    BalasPadam