About Me

Webinar Penghasilan Video Dengan Guru Pendidikan Islam Negeri Kedah

WEBINAR BERSAMA SPI KEDAH

Alhamdulillah selesai satu lagi sesi perkongsian atas talian, kali nih anjuran Sektor Pendidikan Islam Negeri Kedah.

Perkongsian adalah bagi tajuk Flipped Classroom dengan pengisian belajar bagaimana menghasilkan video pdpc menggunakan gajet semudah smartphone.

Video kat sini ya https://youtu.be/J1KBUi9QikI





Serious tak sangka dengan sambutan yang diberikan. Tak sampai 10 minit bersiaran, kita dah cecah live viewers seramai 1.2k! Paling ramai saya pernah berwebinar setakat nih rasanya. Memang terbaik!

Audien pulak datang dari seluruh pelosok Malaysia, walaupun sasaran awal tu hanya untuk guru Pendidikan Islam Kedah. Menunjukkan cikgu-cikgu kita kat Malaysia memang sentiasa dahagakan ilmu nak tingkatkan diri, terutamanya musim getir masa PKP nih.

Webinar Bersama Sektor Pendidikan Islam Negeri Kedah


Tahniah sekali lagi saya ucapkan buat team SPI Kedah, Boss Ustazah Yun Fazilah, KPP Ustad Somad dan sahabat saya Ustad Mohd Asrulnizam, serta ustad ustazah lain yang berjaya merealisasikan webinar sebegini untuk GPI Kedah. Tak keterlaluan juga bukan saja mendahului di Kedah, mungkin juga di Malaysia. Thorbaekk!

P/s: Terima kasih buat retis undangan kita, Muallim Hazar dan Ustad Azlan Idris 💐

Catat Ulasan

0 Ulasan