About Me

Webinar Istimewa Bersama Pengarah BSTP: CikgooTUBE di Hati Cikgu Din!

Alhamdulillah petang tadi, walaupun perancangan last minute, tapi berjaya juga kumpulan guru CikgooTUBE untuk adakan webinar pertama bersama-sama tetamu istimewa kita.

Sesi sembang santai dengan Pengarah BSTP, En. Shafruddin Ali Hussin yang juga mesra mahu dikenali sebagai Cikgu Pengarah, dikendalikan oleh Cikgu EL Gamillo sebagai host, manakala Cikgu Romie dan saya sebagai Moderator.


Webinar Istimewa Bersama Pengarah BSTP: CikgooTUBE di Hati Cikgu Din!
Webinar Istimewa Bersama Pengarah BSTP: CikgooTUBE di Hati Cikgu Din!

Dikuasakan oleh EduwebTV, paling penting ini adalah sebagai satu peluang untuk cikgu-cikgu mendengar sendiri isi hati dan aspirasi Cikgu Pengarah serta KPM dalam inisiatif cikgooTUBE.

Yang terlepas boleh tonton sesi webinar pada petang tadi melalui pautan https://youtu.be/piaAdwu3Gi4




Antara yang dibincangkan adalah sokongan pihak BSTP kepada guru yang berminat, cadangan penubuhan TV dan Radio Pendidikan serta Festival #cikgooTUBE yang ala-ala Festival Filem Malaysia gitu... Tudiaaa 😍😍😍

Inisiatif ini semakin mendapat tempat kerana merupakan antara sebahagian gerakkerja utama kumpulan guru di Malaysia bagi menghasilkan video PdPc untuk digunakan murid seluruh negara, terutamanya menjelang musim PKP.


Webinar Istimewa Bersama Pengarah BSTP: CikgooTUBE di Hati Cikgu Din!
Webinar Istimewa Bersama Pengarah BSTP: CikgooTUBE di Hati Cikgu Din!

Semoga juga dengan kerjasama erat daripada BSTP dan KPM khususnya, inisiatif daripada guru kepada guru ini boleh diangkat menjadi suatu wadah utama untuk guru berkongsi ilmu dan kepakaran, serta saling menginspirasikan!

P/s: Terima kasih dan tahniah buat semua CIP dan Encik Azemi BSTP yang bertungkus lumus membantu part masing-masing. Terbaik lah semua! 💯

Catat Ulasan

0 Ulasan