About Me

Pengajaran GTP 03 - Kuasa Visualize Your Dreams!

VISUALIZE YOUR DREAMS

Pengajaran ketiga saya dapat daripada pengalaman 5 tahun Misi Guru Global adalah jangan pernah takut bermimpi. Saya kongsi satu rahsia yang saya simpan erat sejak 5 tahun lalu!

3. Visualize Your Dreams

Ya! Betul apa yang anda nampak. Itu adalah gambar yang saya edit dan saya lekatkan kat bilik sejak tahun 2016. Pada saya, bila pasang impian, biar lah sampai kita boleh bayang dan nampak dengan jelas.




Walaupun hanya sekadar untuk suka-suka, tapi sebab hari-hari tengok, maka dia jadi lain. Sampai lama kelamaan, ia jadi satu kekuatan dan inspirasi yang menyakinkan saya bahawa ini perlu jadi kenyataan satu hari nanti.

Dan, sekarang siapa sangka, yang saya edit tu akhirnya betul-betul jadi kenyataan.

Maka untuk itu, jangan lah kita pernah takut untuk bermimpi. Macam orang selalu cakap,  “Shoot for the moon. Even if you miss, you'll land among the Stars!" ✨

#GTP2020 #teachersmatter #inspirasiguru

Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. Tahniah! memang selayaknya cikgu dapat anugerah tu:) semoga terus cemerlang menabur bakti dan budi..

    BalasPadam