About Me

Pengajaran GTP 02 - Dapatkan Mentor Yang Baik

MENTOR PENUNJUK JALAN

Pengajaran kedua saya belajar dari Misi Global Teacher sepanjang 5 tahun ini adalah:

2. Dapatkan Mentor Yang Baik

Baik kat sini, maksudnya mereka yang nak bimbing kita dan mereka mau kita berjaya.

Seperti mana saya jadikan Haji Rodzli Hashim Mantan GC Gred Khas C sebagai mentor saya dalam Guru Cemerlang, maka untuk Global Teacher Prize juga saya kena ada mentor yang boleh tunjuk jalan yang betul.

Cikgu Hailmi dan Cikgu Noorjahan Sultan
Cikgu Hailmi dan Cikgu Noorjahan Sultan

Dan alhamdulillah, Cikgu Noorjahan Sultan dan DrMuhamad Khairul Anuar sangat lah membantu saya. Sentiasa bertanya perkembangan dan aspek yang mereka boleh bantu. Tak lokek ilmu, malah sentiasa bagi galakan.

Cikgu Noorjahan dah bantu saya sejak tahun 2017 lagi. Manakala Dr Khairul pula sejak tahun 2019 selepas beliau pun bergelar Finalis Top 50 Global Teacher.

Mereka ini lah yang banyak bagi panduan untuk saya menulis esei dengan jawapan terbaik. Sejak GTP diperkenalkan tahun 2015, kehendak dan format pertandingan juga sudah jauh berbeza, dengan persaingan yang semakin sengit dari tahun ke tahun.


Cikgu Hailmi dan Dr Khairul Anuar
Cikgu Hailmi dan Dr Khairul Anuar

Saya berterima kasih dan bersyukur kerana dipertemukan dengan dua ikon guru yang sangat menyokong usaha saya.

Maka teringat lah saya dengan satu kenangan buruk bila langsung tidak di bantu oleh seorang guru, saat membawa nama Malaysia ke satu pertandingan di luar negara.

Rasa hopeless, tapi dalam masa yang sama azam saya, saya akan pastikan perkara yang sama takkan berlaku lagi kepada mana-mana guru yang akan mewakili Malaysia selepas itu. Pasti saya akan cuba bantu.

Tak baik tau kedekut ilmu!

Pesan saya juga, adat jika mahu berguru, biar lah sehingga habis. Jangan sekerat jalan, kau dah melawan. Nanti ditinggalkan, kau jugak terawang-awangan. Sekian...

#GTP2020 #teachersmatter #inspirasiguru

Catat Ulasan

0 Ulasan