About Me

Pengajaran GTP 01 - Tak Semua Orang Suka Kita Berjaya!

Bermula hari ini saya cuba kongsikan 10 pengajaran terbaik saya dapat sepanjang Misi Global Teacher Prize 5 Tahun nih. Semoga boleh jadi pengajaran untuk kita semua juga.

01. Tak semua orang suka kita berjaya.

Ya. Sesetengah orang, atas sebab yang kita tak ketahui, memang tak suka jika kita berjaya. Setuju kan? Lebih malang lagi, jika mereka ini berada dalam circle dekat sekeliling kita saja. Nampak baik kat depan, tapi kat belakang... FAKE! Hmmm





Pengajaran 01 - Tak Semua Orang Suka Kita Berjaya!
Pengajaran 01 - Tak Semua Orang Suka Kita Berjaya!



Rasa insecure mereka sangat tinggi. Takut nak tolong, nak bantu, nak guide sebab takut kita berjaya. Sampai sanggup naikkan orang yang tak layak, hanya kerana taknak nama kita yang naik.Takut terancam kita dapat lebih daripada mereka. 😅

So, just forget about them!

Jalan terus. Jangan buang masa dan tenaga fikirkan tentang mereka dan kenapa sampai nak buat macam tu.

Sentiasa ingat, bahawa akan ada lagi ribuan orang yang sanggup buat apa saja untuk bantu kita sampai berjaya. Fokus tenaga dan masa kita kepada mereka ini. Sebab pada akhirnya, kejayaan kita hanya layak untuk dirai bersama mereka yang ada pada tika suka dan duka! ❤️

#GTP2020 #teachersmatter #inspirasiguru

Catat Komen

1 Ulasan

  1. "When you pursue your goals with passion, you will attract people who love you; but you’ll also attract haters. I’m okay with that; I welcome it. I don’t want to live life as a spectator. I’ve learned that if no one is cheering you on and/or booing you; it means you're not in the game."
    Steve Maraboli

    Keep inspiring us, Cikgu.

    BalasPadam