About Me

Kisah Cikgu Hailmi dan Cikgu Romie, Dari Idola Jadi Sahabat!

Hari nih Facebook remind saya tentang persahabatan saya dengan Cikgu Romie, kali ke-6. Tapi rasanya dah kenal lagi awal dari tu lagi. Jadi saya kongsikan sket cerita sebenar, dari mana kisah persahabatan kami bermula. Supaya jadi inspirasi, bahawa dengan menyokong sahabat kita, sama sekali tidak menjatuhkan nilai kita.


Kali pertama jumpa Cikgu Romie masa join inovasi TNOVATE 2016 di UIAM, Gombak
Kali pertama jumpa Cikgu Romie masa join inovasi TNOVATE 2016 di UIAM, Gombak

" Saya mula kenal Cikgu Romie nih sejak tahun 2012 bila saya nak start blogging, masa kat Sarawak. Masa tu tak banyak lagi blog untuk pendidikan, dan website beliau antara yang saya selalu lawat. Ambik inspirasi.

Kagum sebab time tu dia selalu menang award, jadi ikon guru inovasi, dan selalu kuar suratkhabar dan TV. Cool jer, tak lorat. Video PdPc pun banyak, macam yang tuan puan tengok pada hari nih, yang dah 4000 tu.

Masa zaman orang lain baru nak terkedek-kedek dengan Digital Ink, green screen bagai, dia dah start lama dah buat benda tu semua, dengan cara dia. Cuma tak boh nama saja. Tak caya, pegi lah tengok video-video dia tu.

Ingat lagi kali pertama dia pm saya kat Facebook bagitau tengah attend mesyuarat kat BTP, dan tengah discuss pasal video eksperimen saya. Tahun 2013 rasanya.


Rezeki kali pertama jumpa beliau masa join inovasi kat UIAM tahun 2016, dan terus rasa boleh geng sebab sikap dia yang humble, jujur bagi pendapat dan attitude nak orang lain jugak berjaya macam dia. Sikap orang sukses. Dan terus ler boleh kamceng sampai ke hari nih.

Kagumnya orang hebat nih, dia adalah orang yang sentiasa support usaha saya; meskipun sekarang nih blog saya dah lebih ramai orang tengok berbanding blog dia, dan award saya lebih banyak dari award dia.. 🤣 Tak pernah nak rasa terancam, sebab dia percaya rezeki tu Allah dah set ikut usaha masing-masing.


Sebab dia fokus dengan apa dia buat, dan apa dia nak, maka sekarang kita boleh tengok dia sebagai Cikgu Romie, antara ikon pendidikan yang banyak sumbangan kepada guru dan murid kat Malaysia nih. Proud of you bro!

Apa pun, terima kasih untuk ukhwah persahabatan ikhlas ini. Semoga Allah terus pelihara persahabatan kita till Jannah gitu! Amin.

P/s: Bro, misi lobster kat Sabah harus di teruskan! 🤣  "

Catat Ulasan

0 Ulasan