About Me

Apa Itu Mutasi?

Mutasi adalah perubahan yang berlaku pada kromosom atau gen yang menyebabkan ciri induk tak dapat diwarisi dengan baik oleh anak.

Apa Itu Mutasi? 

Mutasi berlaku disebabkan faktor semula jadi dan faktor luaran yang disebabkan oleh mutagen, iaitu agen mutasi.

Contoh mutagen adalah Sinar radioaktif, Sinar x, Sinar ultraungu, karsinogen dan kehamilan Lewat usia.


Mutasi ada dua jenis iaitu mutasi kromosom dan mutasi gen.

Mutasi kromosom adalah mutasi yang berlaku pada kromosom.
Sebagai contoh, sindrom Down, sindrom Turner dan sindrom klinefelter.

Mutasi gen pula adalah mutasi yang berlaku pada gen. Seperti buta warna, anemia sel sabit, thalassemia, hemofilia dan albinisme.

Catat Komen

0 Ulasan