About Me

Webinar Inspirasi: A Journey on Becoming a Global Teacher!

Jutaan terima kasih buat team Digital Classroom yang sudi anjurkan perkongsian Webinar Bersama Top 50 Global Teacher Prize 2020 petang tadi.
Tak sangka, walaupun last minute dapat jemputan daripada Cikgu Aman tetapi berjaya juga kumpulkan audiens seramai hampir 250 orang. Max dah lah tu. Hebat team DC depa nih! 👏🏻👏🏻👏🏻
Part abam, abam kongsikan dengan tajuk 'A Journey on Becoming a Global Teacher'.
Cerita bagaimana abam bermula daripada seorang guru biasa di sebuah sekolah luar bandar di Sibu, Sarawak hingga lah ke sekolah kampung di Jerlun, Kedah. Nak tunjuk kata, Rome is not built in one day gitu omputih kata!

Webinar Inspirasi: A Journey on Becoming a Global Teacher!

Webinar Inspirasi: A Journey on Becoming a Global Teacher!

Webinar Inspirasi: A Journey on Becoming a Global Teacher!

Webinar Inspirasi: A Journey on Becoming a Global Teacher!

Abam kongsikan juga 4 fasa dalam karier yang memberikan cabaran dan titik tolak kepada abam dalam membina karier sebagai guru yang lebih baik. Fasa awal untuk membina tapak dan mencari fokus. Fasa kedua mencari ruang dan peluang. Fasa ketiga misi bahasa dan fasa empat bijak research untuk platform global.
Saya tutup perkongsian dengan sedikit pesanan juga. Nak berjaya kena mula dengan niat yang betul, baru lah yang lain pun akan menyusul. Nak berjaya pon kena ada strategi tau!
OK, semoga perkongsian tadi memberi manfaat kepada semua 250 audiens yang mendengar. Sama-sama juga kita doakan semoga Allah lindungi Malaysia dari sebarang kemudaratan.
Yang nak join group Digital Classroom, boleh lah klik t.me/digitalclassroom 😍 @ Perlis

Catat Komen

1 Ulasan