About Me

Selepas 5 Tahun Akhirnya Tersenarai TOP 50 Finalis Anugerah Global Teacher Prize 2020

Alhamdulillah dan penuh syukur untuk rezeki yang Allah bagi selepas 5 tahun saya mencuba. Ya, 5 tahun!
Jutaan terima kasih yang tak terhingga juga buat semua yang tak henti-henti ucap tahniah dari semalam. Sangat saya hargai..
Tersenarai sebagai 50 finalis untuk anugerah besar bagi guru antarabangsa seperti Global @teacherprize ini adalah manifestasi bahawa guru Malaysia juga punya kualiti yang sama (mungkin lebih baik) seperti guru luar negara di luar sana.
Kejayaan ini juga bukan lah kejayaan saya seorang. Sebaliknya kejayaan kita bersama, guru-guru Malaysia yang sentiasa gigih berusaha buat yang terbaik untuk anak didik. Bukti bahawa kita masih punya guru-guru yang sanggup go extra miles untuk mendidik anak-anak Malaysia.

Selepas 5 Tahun Akhirnya Tersenarai TOP 50 Finalis Anugerah Global Teacher Prize

Saya khususkan juga ucapan Jutaan terima kasih penghargaan buat mak ayah dan adik beradik yang tak henti mendoakan yang terbaik untuk saya dalam perjalanan sukar ini.
Tak lupa kepada Pengetua, pentadbir dan rakan guru sekolah serta semua yang mengenali saya dan sentiasa menyokong usaha saya selama ini. Anda lah tulang belakang saya.
Special shout out juga buat Kak Noorjahan Sultan dan DrMuhamad Khairul Anuar
dua alumni GTP Malaysia yang sentiasa membimbing saya sepanjang 3 tahun ini, hingga akhirnya saya juga berjaya bergelar GTP seperti mereka. Maceh!! 😘
Dan yang paling istimewa, adalah buat semua anak murid saya sejak dari saya mula bergelar guru di Sarawak, hingga lah sekarang di Kedah, kalianlah sumber inspirasi saya! Tanpa anda semua, siapa lah saya... Mekasih, dan Cikgu sayang kamu semua! ❤️
P/s: InshaAllah lepas nih saya akan kongsikan juga 10 pengajaran terbaik yang saya pelajari sepanjang 5 tahun misi saya mengejar impian bergelar Guru Global. Nanti kan tau...

Catat Ulasan

0 Ulasan