About Me

#cikgooTUBE inisiatif Guru Bantu Murid Demi Covid19

Semalam bermesyuarat di Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan (BSTP) bagi membincangkan perancangan inisiatif besar guru kepada guru, iaitu #cikgooTUBE.
Besar tak besar inisiatif nih, sampaikan Pengarah BSTP, Tn Haji Shafruddin Ali Hussin dan 2 Timbalan nya pun turut serta dalam mesyuarat nih! Besar bapok kalau orang Ganu cakap.. 😂
Maka selaku antara pelopor utama kepada inisiatif ini bila di hubungi pegawai Encik Mohd Azemi, di samping rakan saya guru hebat Cikgu Romie dan Cikgu Siber Razif, saya rasa bangga kerana usaha ini di sokong penuh Kementerian Pendidikan Malaysia dan paling penting, oleh guru-guru kita.
Gembira juga bila ianya mula mendapat perhatian agensi luar, termasuk MESTECC dan Muzium. Saya yakin, lebih banyak yang akan tampil dan usahakan kolaboratif lepas nih.

#cikgooTUBE inisiatif Guru Bantu Murid Demi Covid19

#cikgooTUBE inisiatif Guru Bantu Murid Demi Covid19

#cikgooTUBE inisiatif Guru Bantu Murid Demi Covid19

#cikgooTUBE inisiatif Guru Bantu Murid Demi Covid19

Tertarik dengan satu pesan Cikgu Pengarah semalam, jika mungkin sekolah Malaysia ini juga di tutup kerana #covid19 seperti negara lain, maka kumpulan #cikgooTUBE nih lah yang akan jadi penggerak utama bagi menghasilkan video pdpc untuk kegunaan anak-anak Malaysia belajar di rumah nanti!
Allahu.. Satu amanah besar yang saya kira semua kita patut ambil tanggungjawab demi anak-anak kita.
InshaAllah team guru #cikgooTUBE yang terdiri daripada guru-guru hebat dan proaktif dari seluruh Malaysia nih akan buat yang terbaik. Semoga Allah permudahkan urusan semua kita. Amin!
P/s: Yang berminat join cikgooTUBE boleh juga berhubhng dengan S/U hebat Cikgu Siti Suhaila atau CIP yang lain, Mohd FauziHashim, ELGamillo, Faridah Matt Cikgu Faiz Nur Hayati Jamil
@ Bahagian Teknologi Pendidikan

Catat Komen

0 Ulasan