About Me

Apa Beza Antara Zoom Apps Dengan Microsoft Teams? Ini Kata Cikgu Amimah

Musim COVID-19 nih memaksa ramai guru dan murid untuk menjalankan pembelajaran jarak jauh atau pembelajaran online bagi membolehkan PdPc masih berlangsung. Ye lah, cuti lama kot. Jadi banyak platform yang ada dan boleh dicuba, antaranya adalah Zoom Apps dan juga Microsoft Teams. Jadi kita ikuti perkongsian daripada Cikgu Amimah Ayub, guru Kimia dari MRSM Tun Ghafar Baba, Melaka dalam Facebook beliau.


Apa Beza Antara Zoom Apps Dengan Microsoft Teams? Ini Kata Cikgu Amimah
Apa Beza Antara Zoom Apps Dengan Microsoft Teams? Ini Kata Cikgu Amimah



𝙕𝙊𝙊𝙈 𝘼𝙋𝙋𝙎 𝙫𝙨 𝙈𝙄𝘾𝙍𝙊𝙎𝙊𝙁𝙏 𝙏𝙀𝘼𝙈𝙎 (Part 1)
Musim-musim #workfromhome ni saya yakin ramai guru / pensyarah yang akan membuat online class bersama para pelajar masing-masing..Jadi, sebagai sambungan daripada post saya sebelum ini, saya ingin kongsikan apa yang ditawarkan oleh kedua-dua medium online cloud meeting ini?? Jom kita lihat. Sebagai ‘beginner’ apa yang saya dapati;


𝗭𝗢𝗢𝗠 𝗔𝗣𝗣𝗦
1️⃣Mudah untuk digunakan, lebih simple dan sangat sesuai untuk swift collaboration (kolaborasi pantas). Apabila saya guna, saya rasa macam Zoom apps sangat sesuai sebagai ready on the go apps. Mudah diakses dan sebagai ‘first time user’ pun saya mudah faham bagaimana cara untuk menggunakannya.

2️⃣Part best ni, untuk sign up Zoom Apps boleh menggunakan mana-mana email provider (cth: gmail, yahoo, etc). Jadi semua pelajar saya tiada masalah untuk login terus ke Zoom Apps tanpa masalah.

3️⃣Boleh share screen / paparan yang kita kehendaki bersama ahli cloud meeting.

4️⃣Boleh share files di dalam chat room Zoom meeting

5️⃣Host boleh menulis di atas whiteboard untuk memberi penerangan kepada ahli. Jika ahli ingin menulis sesuatu mereka boleh memaparkan whiteboard mereka tetapi hanya satu paparan whiteboard pada satu-satu masa dan masing-masing menulis pada whiteboard masing-masing.

6️⃣Host boleh mengawal suara semua ahli dengan menekan Alt+M di keyboard laptop anda sahaja. (Ini tricks yang ramai tidak tahu 😉)

7️⃣Saiz storage usage yang lebih kecil berbanding apps teams iaitu 94.6MB sahaja di telefon anda.

8️⃣Host boleh melihat video ahli (sehingga 49 orang sekali papar).

9️⃣Boleh save sesi meeting yang dijalankan (untuk rujukan dikemudian hari atau kepada sesiapa yang tdak dapat hadir).

🔟Mampu menampung sehingga 10,000 penonton (webinar)!

Ok itu yang saya dapat simpulkan tentang Zoom Apps sebagai beginner user..
Untuk Microsoft Teams, kita sambung di post yang seterusnya.



𝗠𝗜𝗖𝗥𝗢𝗦𝗢𝗙𝗧 𝗧𝗘𝗔𝗠𝗦 (focus kepada penggunaan meet di dalam Teams Apps)

1️⃣ Menawarkan collaborative sharing yang lebih real. Setiap ahli meeting boleh menulis di atas SATU whiteboard yang sama. Sebagai guru saya sangat suka kelebihan ini kerana ia berguna untuk pelajar kongsikan hasil penulisan jawapan/latihan mereka secara live dan guru boleh terus semak. Guru juga boleh meminta pelajar-pelajar yang lain untuk menyemak. Selain itu, sharing whiteboard ini juga membolehkan setiap ahli menulis idea mereka secara in promp to. Sesui untuk melukis peta minta, i-think dan membuat kesimpulan sesuatu hasil pembelajaran.

2️⃣Boleh share desktop screen/power point/whiteboard dan boleh juga browse files yang kita ingin kongsikan dengan ahli lain.

3️⃣Boleh upload files di Teams. Semua bahan ini akan tersimpan dan mudah untuk menjadi rujukan semua ahli pada bila-bila masa.

4️⃣Namun, untuk penggunaan yang lebih optimum, setiap ahli memerlukan akaun Microsoft untuk login masuk.

5️⃣Saiz storage use yang lebih besar berbanding Zoom Apps iaitu sebanyak 155 MB. Sebab itu ramai yang kata Teams ini agak berat.

6️⃣Boleh save sesi meeting yang dijalankan (untuk rujukan dikemudian hari atau kepada sesiapa yang tdak dapat hadir)

7️⃣Mudah kerana Microsoft Teams menjadi tapak asas sebagai one stop center untuk semua collaborative teams yang kita ada.

Ohh ya, untuk pengetahuan semua, Zoom Apps boleh diintegrasikan di dalam Microsoft Teams tau.
Di bawah ni saya sertakan link video bagaimana untuk mengintegrasikan Zoom Apps di dalam Microsoft Teams anda:
https://youtu.be/5r5DATJHrGA
 
Walaupun secara peribadi saya lebih sukakan Zoom Apps dari segi ciri easy and simple to use, tetapi disebabkan kesemua pelajar saya memiliki akaun Microsoft yang membolehkan mereka mengakses Microsoft Teams dengan mudah, maka akhirnya saya memilih untuk menggunakan Microsoft Teams sebagai medium untuk online class kami bermula esok.

Tambahan pula, saya tetap boleh gunakan Zoom Apps di dalam Microsoft Teams. 2 in 1. Menarik kan! Selamat mencuba.

Nota: Apa yg ditulis ini adalah berdasarkan pengalaman sebagai pengguna ‘beginner’ untuk kedua2 medium online cloud meeting yang disertai dengan bilangan peserta kurang daripada 100 orang pada satu-satu masa.

Amimah Ayub

baru belajar cara nak jadi Youtubers

#mimsensei #mrsmchannel #maraappleteacher #microsoftedu #cikgootube

Semoga lebih ramai rakan guru mendapat manfaat daripada perkongsian Cikgu Amimah Ayub ini. Sekaligus dapat membantu untuk membuat pilihan platform pembelajaran online yang lebih tepat pada masa-masa seperti ini. Oh ya, perkongsian ini juga mendapat kebenaran daripada beliau. Terima kasih banyak ya Cikgu Amimah!


Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Macam mana nak guna zoom utk kelas yg lebih 45 minit?

    BalasPadam
  2. It is so interesting I was searching for this topic for a long time. I read this article very carefully and now I got all my best information for writing a blog on best mouse manufacturers . I am so glad that I finally find a blog resemblance to my topic. Thanks for this.

    BalasPadam