About Me

5 Teladan Baik Pegawai KPM Cemerlang. Tahniah Dr Ihsan Ismail!

Rasanya belum terlewat untuk saya ucapkan Jutaan TAHNIAH buat Ketua Unit Pusat STEM Negara, Dr Ihsan Ismail atas naik pangkat beliau sebagai Pegawai Cemerlang DG54 baru-baru ini.
Tak ramai yang tahu, tapi saya rasa ramai yang PATUT tahu, supaya boleh ambik teladan daripada kerja buat beliau.
Pada saya, Dr Ihsan Ismail adalah salah satu contoh teladan baik pegawai, yang harus diikuti oleh pegawai lain baik di KPM, JPN atau PPD. Tak keterlaluan jika saya katakan, pembudayaan STEM di Malaysia juga adalah antara hasil kerja buat beliau bersama teamnya.
Antara ciri Cemerlang beliau yang boleh pegawai lain contohi adalah:
1. Bekerja keras dengan penuh PASSION ke seluruh pelosok Malaysia bagi mempromosikan STEM. Sebagai rekod, semua PPD di Malaysia dah dikunjungi beliau. Maka tak pelik, hari nih nampak di Kedah, esok boleh jumpa beliau di Sabah.
2. Benar-benar KUASAI apa yang dicakapkan. Tahap sampai beliau sendiri boleh jadi trainer dan buat bengkel untuk guru-guru. Cakap dan buat!
3. Sebagai leader, saya lihat bagaimana beliau bangunkan keupayaan kompetensi pasukan Pusat STEM Negara menerusi bengkel kepada guru. Malah pegawai JPN juga diberi kan latihan yang sama supaya kompeten bila turun ke peringkat negeri nanti.
4. Iktiraf kepakaran guru, untuk digunakan sebagai tenaga kerja yang berkesan bagi mempromosikan STEM dalam bilik darjah di Malaysia. Yang nih ramai pegawai lain tak dapat buat. Malah selalu anggap guru berkepakaran sebagai satu 'ancaman' untuk mereka.
5. Mewujudkan direktori guru-guru hebat di Malaysia bagi digunakan sebagai catalyst pembangunan pendidikan STEM yang lebih baik. Yang nih kita boleh nampak menerusi penubuhan pasukan STEMVengers, team TPU IBSE dan TPU IBME, Duta Guru Petronas serta ikon Pendidikan yang ada sesi khas bertemu Mantan KPPM pada tahun lepas.


5 Teladan Baik Pegawai KPM Cemerlang. Tahniah Dr Ihsan Ismail!

5 Teladan Baik Pegawai KPM Cemerlang. Tahniah Dr Ihsan Ismail!

Keupayaan beliau untuk melihat guru kumpulan pelaksana sebagai SEBAHAGIAN dari sistem yang bersama-sama menggerakkan pendidikan kita, adalah sangat saya hargai. Saya yakin, guru lain pun rasa benda yang sama. Kami perlukan ramai pegawai yang macam ni!
Sekali lagi ucapan tahniah untuk Dr Ihsan. YOU DESERVED IT! 💐💐💐 @ Kementerian Pendidikan Malaysia

Catat Ulasan

0 Ulasan