Hari nih adalah LADAP kali ketiga dengan tajuk Kajian Tindakan. Di sampaikan oleh pensyarah berpengalaman dari IAB Cawangan Utara, Dr Rosnani Kaman. Juga bersama kami adalah Pegawai SISC+ Kubang Pasu, Pn Sharifah Shafie.
Seronoknya bengkel hari nih sebab terus hands-on. Maka at least masing-masing dah ada idea tentang apa yang nak di teruskan selepas ini.
Teringat juga saya kenangan mewakili Malaysia bagi Ki Hajar Dewantara Award di Bali, Indonesia pada tahun 2018. Akibat tidak mahir dengan ilmu penyelidikan, akhirnya 'memaksa' saya buat keputusan untuk sambung belajar ke peringkat Sarjana. Salah satu lagi fasa perkembangan dalam karier saya sebagai seorang guru.
Terima kasih juga buat Pengetua, Pn Siti Rubiah yang memberi ruang 5 minit untuk saya berkongsi dengan rakan guru di sekolah tentang inovasi terbaru saya, Kit MEGENEX. Bermula daripada aktiviti kelas sebab murid tak faham konsep pewarisan genetik, akhirnya dibangunkan menjadi inovasi yang sedang saya komersialkan sekarang inj.
Segala laporan perkembangan proses ditulis dalam bentuk Kajian Tindakan. Jadi ya, buat satu benda, tapi akhirnya dua benda yang saya dapat. Inovasi dapat, Kajian Tindakan pun dapat!
Yang penting semoga lepas nih semakin lah bersemangat nak berkongsi ilmu secara lebih ilmiah menerusi Kajian Tindakan. InshaAllah 😍 @ Smk Jerlun
0 Ulasan