About Me

Greta Thunberg, Remaja 17tahun Yang Sanggup Berkorban Untuk Dunia

Dewasa ini dunia digemparkan dengan isu pemanasan global yang kian meningkat yang mengakibatkan pelbagai kesan buruk terhadap persekitaran dan hidupan. Hal ini kerana suhu purata global telah meningkat sebanyak 0.75 darjah celcius dalam masa seratus tahun sejak 1906-2005.Antara kesan buruk yang telah berlaku ialah peningkatan paras air laut,pencairan glasier dan peningkatan suhu. Namun begitu, pada tahun 2018, terdapat seorang remaja perempuan bernama GRETA THUNBERG telah berdemostrasi pada setiap hari jumaat bagi memperjuangankan isu mengambil tindakan dalam memulihara iklim dunia.


10 CIRI GRETA THUNBERG

1. Mengorbankan waktu persekolahan bagi berdemostrasi di hadapan dewan parlimen Sweden.
2. Berani tampil berdemostrasi seorang diri.
3. Tidak berputus asa walaupun tidak mempunyai sokongan pada awalnya.
4. Tergolong dalam 100 orang terpengaruh oleh majalah Time pada tahun2019.
5. Dinobatkan sebagai calon anugerah keamanan nobel 2019.
6. Salah satu penerima anugerah RIGHT LIVELIHOOD pada 25sept 2019.
7. Memberi inspirasi dan memangkinkan permintaan politik demi tindakan perubahan iklim.
8. Digelar sebagai salah satu "Pemimpin Generasi Seterusnya".
9. Penghidap penyakit sindrom yang kental dalam pendirian.
10. Pernah memasuki sidang Forum Ekonomi Dunia pada 23jan2019.



Kualiti Terbaik Yang Kami Suka pada Greta Thunberg?

Greta berani memperjuangkan isu peningkatan suhu iklim dengan berdemostrasi biarpun seorang diri dihadapan dewan parlimen Sweden sejak 2018. dengan tindakan yang diambil oleh beliau, untuk mendapatkan sokongan dari pelbagai pihak dan menjadi calon anugerah nobel.


AHLI
IYAS
SYAZWAN
AFIQ
ADIB

Catat Ulasan

0 Ulasan