About Me

Gandingan 2 Adiwira PAK21 Untuk Guru Muda Kedah

Digandingkan sekali lagi hari ini, 2 Adiwira PAK21 dari Kedah untuk perkongsian inspirasi bersama 458 guru muda (bawah 40 tahun) dari daerah sekitar Kota Setar dan Pendang.
Saya dengan perkongsian dari pengalaman saya menjadi guru di Sarawak, mencari haluan kerjaya dalam Guru Cemerlang serta melangkah lebih jauh dengan penyertaan antarabangsa.
Ustad Mohd Asrulnizam pula dengan perkongsian menguruskan duka lara 11 tahun, mencipta ruang berinovasi dan bagaimana PLC bisa melahirkan guru yang berkualiti.
Gandingan mantap baq ang! 😝

Gandingan 2 Adiwira PAK21 Untuk Guru Muda Kedah

Gandingan 2 Adiwira PAK21 Untuk Guru Muda Kedah

Gandingan 2 Adiwira PAK21 Untuk Guru Muda Kedah

Gandingan 2 Adiwira PAK21 Untuk Guru Muda Kedah


Perkongsian inspirasi anjuran Bahagian Pengurusan Sekolah, JPN Kedah ini datang sangat lah tepat pada masanya. Time guru-guru tengah semangat awal tahun. Time iklan Guru Cemerlang juga sedang dibuka.
Atas maklumbalas yang sangat baik dari peserta juga, InshaAllah perkongsian ini akan dibawa ke daerah lain juga di seluruh Kedah selepas ini. InshaAllah
Semoga perkongsian memberi manfaat kepada semua guru yang hadir. Sama-sama lah kita berusaha bersama dengan yang terbaik demi memajukan pendidikan anak bangsa kita.
Kedah boleh! ❤️ @ Dewan Al - Farabi , BTPN KEDAH

Catat Ulasan

0 Ulasan