About Me

Mini Reunion Komtep Di Keningau, Tunggu Projek Sulong Kami

Perkongsian di KV Keningau juga mempertemukan saya dengan keluarga KOMTEP (Korea Malaysia Teacher Exchange Programme) saya.
Rupanya ramai diorang kat sini. Ada 5 orang semuanya. Dari KV Keningau saja pun dah 3 orang.
Cg Cynthia Shawal dari batch 2014
Cg Norhailmi Abdul Mutalib dari batch 2015 (nak jugak.. 😜)
Cg Khalifa Affnan dari batch 2017
Cg Ibrahim dari batch 2018
Cg Tracy Diane dari batch 2018
Cg Munirah dari batch 2019
Alhamdulillah semuanya masih terhubung dan saling menginspirasikan antara satu sama lain. Semua sibuk dengan projek masing-masing.

Mini Reunion Komtep Di Keningau, Tunggu Projek Sulong Kami

Mini Reunion Komtep Di Keningau, Tunggu Projek Sulong Kami

Mini Reunion Komtep Di Keningau, Tunggu Projek Sulong Kami

Mini Reunion Komtep Di Keningau, Tunggu Projek Sulong Kami

Mini Reunion Komtep Di Keningau, Tunggu Projek Sulong Kami

Mini Reunion Komtep Di Keningau, Tunggu Projek Sulong Kami

Mini Reunion Komtep Di Keningau, Tunggu Projek Sulong Kami

Tapi masih sempat nak beri komitmen untuk projek sulong kami secara kolaboratif, iaitu penulisan buku koleksi pengalaman guru pertukaran Malaysia ke Korea, "Annyeonghaseyo Cikgu! Antologi Guru KOMTEP".
Buku yang menggabungkan 31 penulis dari kalangan guru KOMTEP ini di jangka akan berada di pasaran awal February nanti InshaAllah. So sebab abam jadi Ketua Editor, korang WAJIB kena beli OK! 😝
Projek kolaboratif kami yang kedua bakal menyusul adalah kerjasama strategik memartabatkan guru Malaysia dengan kumpulan guru antarabangsa. Target pertama, Filipina atau mungkin juga Indonesia. Tapi kita cari ASEAN dulu lah..
Doakan kejayaan dan kesepakatan kami dalam meneruskan aspirasi pendidikan negara kita. Banyak lagi yang kita Kena buat dan sumbang. Mudah-mudahan segalanya dipermudahkan!
Untuk yang nak join keluarga besar kami, apply #KOMTEP tahun nih yer.. Mana tahu rezeki anda! @ Kolej Vokasional Keningau

Catat Komen

0 Ulasan