About Me

Betul Ker Guru Hebat Kena Ajar Kat Sekolah Hebat Jugak?

Semalam selesai Karnival Kesihatan dengan murid, ada guru berbual dengan saya. Kata beliau, "Patutnya cikgu macam Cikgu Hailmi kena dok sekolah hebat-hebat, ada murid bagus-bagus. Baru lah buat program camnih dapat hasil pon meletop nanti.."
Saya diam saja.
Itulah juga soalan yang selalu saya terima dari guru-guru lain bila saya pergi ceramah kat luar sana.
Tapi saya ada jawapan saya sendiri, kenapa saya pilih untuk masih terus berada di sekolah kampung tepi jalan utama nih. Masih terus nak bersama dengan murid yang kelas terbaik nya pun, bukan kata nak cari A, nak cari C pun susah masa PT3.


Betul Ker Guru Hebat Kena Ajar Kat Sekolah Hebat Jugak?


Betul Ker Guru Hebat Kena Ajar Kat Sekolah Hebat Jugak?

Betul Ker Guru Hebat Kena Ajar Kat Sekolah Hebat Jugak?

Betul Ker Guru Hebat Kena Ajar Kat Sekolah Hebat Jugak?

Betul Ker Guru Hebat Kena Ajar Kat Sekolah Hebat Jugak?

Betul Ker Guru Hebat Kena Ajar Kat Sekolah Hebat Jugak?

Betul Ker Guru Hebat Kena Ajar Kat Sekolah Hebat Jugak?

Mungkin pada mata sesetengah orang, hasil mereka bukan 90/100 markah (mengikut standard mereka), tapi saya lihat perkembangan anak anak ini dari hanya 20 kepada 70 markah tu pon adalah sesuatu yang sudah cukup membanggakan saya.
Bila tengok sendiri bagaimana hari nih, murid kelas belakang nih "boleh buat" dan "mampu buat" tugasan depa, so saya nak tanya balik, "Siapa yang kata depa nih takble buat sebenarnya?" KITA!
Melihat mereka "sama cerdik" dengan rakan-rakan mereka di sekolah hebat tuh juga sudah cukup membahagiakan saya sebagai cikgu mereka.
Walaupun ada yang kata, anak-anak nih beruntung sebab ada saya sebagai cikgu mereka. Tapi ternyata, sebenarnya saya lah yang beruntung sebab ada mereka sebagai murid saya.
Doakan semoga saya terus diberi kekuatan dan semangat membara untuk terus berbakti buat anak-anak ini. Moga jadi inspirasi untuk mereka juga! ❤️
P/s: Gambar Karnival Kesihatan hari nih dengan murid 4 Cemerlang dan 5 Bestari. Boleh juga tengok video kemeriahan di https://youtu.be/9tpZ8OaqM54 @ Smk Jerlun

Catat Komen

0 Ulasan