About Me

Scholar's Suites; UPSI Tawar Hotel Selesa di Tanjung Malim

Jemputan saya ke UPSI kali ini bagi ie-RIICH 2019 disediakan dengan penginapan yang selesa dan dekat dengan UPSI sendiri. Ramai yang sedia maklum bahawa kemudahan dan penginapan hotel di Tanjung Malim adalah sangat terhad dengan pilihan. Jadi bila diberikan hotel UPSI, Scholar's Suites yang betul-betul berada dalam kawasan UPSI, maka saya nak cuba merasakan pengalaman bermalam di hotel baharu ini.

Scholar's Suites; UPSI Tawar Hotel Selesa di Tanjung Malim
Scholar's Suites; UPSI Tawar Hotel Selesa di Tanjung Malim

Pertama kali saya ingatkan nama hotel nih, Hotel UPSI. Hahahaha. Maka saya cubalah buat carian di Waze. Disebabkan tiada dalam carian, maka di cadangkan dengan beberapa hotel sekitar Tanjung Malim. Saya cuba hubungi rakan yang juga penuntut PhD di UPSI, maka baru lah saya tahu Scholar's Suite namanya. Hehehe.. ok, baiklah!

Scholar's Suite nih terletak di kampus baharu UPSI, atau lebih dikenali sebagai Kampus Sultan Azlan Shah, Proton City. Masuk saja kawasan pagar utama, maka dan nampak jelas bangunan tinggi yang terletak di sebelah kiri kampus, berdekatan dengan Stadium UPSI.

Scholar's Suites; UPSI Tawar Hotel Selesa di Tanjung Malim
Scholar's Suites; UPSI Tawar Hotel Selesa di Tanjung Malim

Scholar's Suites; UPSI Tawar Hotel Selesa di Tanjung Malim
Scholar's Suites; UPSI Tawar Hotel Selesa di Tanjung Malim

Pada saya, kedudukannya yang sedikit jauh dengan 'benda-benda' lain tu adalah sangat tepat. Sebabnya, kawasan parking dapat disediakan dengan banyak dan luas. Hehehe. Ye lah masing-masing nak datang dengan kereta, dan taknak parking jauh-jauh. Lagi satu, tak ler kalut dengan kereta-kereta yang nak ke kelas dan pejabat.

Kat bahagian bawah tu dah jelas tertulis, Scholar's Suites Tanjung Malim - Pusat Latihan Hospitaliti UPSI. Oh ok.. nih jenis-jenis hotel yang diwujudkan sebagai tempat praktikal untuk mahasiswa perhotelan lah. Terbaik!

Scholar's Suites; UPSI Tawar Hotel Selesa di Tanjung Malim

Scholar's Suites; UPSI Tawar Hotel Selesa di Tanjung Malim

Scholar's Suites; UPSI Tawar Hotel Selesa di Tanjung Malim

Bahagian reception juga disambut baik oleh receptionist kat situ. Nampak muda sangat. Mungkin mahasiswa yang tengah praktikal juga kot. Hahahha.. Pandai-pandai jer kan..

Disebabkan saya diberikan satu malam sahaja untuk penginapan, maka saya mintak tambah lagi satu malam sebab taknak kalut-kalut balik ke Perlis lepas program. Penat kot weyh. Lagipun, program di UPSI ini adalah program akhir saya untuk tahun ini, sebelum dapat bercuti. Yes, baru betul-betul nak cuti sekolah. Hehhee.. Tu pun hangpa dok kalut kata cikgu banyak cuti sekolah. Den nih baru nak bercuti kot!

Untuk tambahan satu lagi malam, saya hanya perlu bayar RM100 untuk bilik Standard [Queen]. Harga promosi hujung tahun katanya. Kalau normal price musim biasa, perlu bayar RM180, dan kalau Super Peak Season RM220.

Pakej harga dan bilik yang terdapat di Scholar's Suite UPSI
Pakej harga dan bilik yang terdapat di Scholar's Suite UPSI

Wahh.. kiranya murah banyak lah tu ye dak? Saya cuba tanya juga tentang tempahan melalui aplikasi banding harga hotel online, macam Agoda, Booking etc. Tapi nasihat mereka, lebih baik terus bertanyakan dengan pihak hotel, sebab kadang-kadang pihak Scholar's Suites ada buat promo mengikut keadaan dan keperluan.

Selesai urusan check in, saya terus ke bilik di Tingkat 5. Kemudahan lif disediakan. Cumanya yang satu lagi tu macam tak berfungsi pulak masa saya pergi. Tapi masih ok, sebab tak perlu tunggu lama, lif yang besar, dan orang pun tak lah ramai sangat.

So beginilah keadaannya bilik Standard [Queen] yang saya dapat.

Pada saya keluasan bilik adalah sangat selesa dan bersih. Mungkin sebab jugak hotel masih baharu beroperasi, maka semua kemudahan berada dalam keadaan yang sangat baik dan berfungsi elok.

Yang paling saya suka adalah sebab keadaan hotel yang nampak luas dan lapang, (tak suka sempit), tidak mengelirukan dengan susunan yang berbelok-belok dan yang paling penting, tidak kelihatan menyeramkan! Hahahahha.

Saya cuba tinjau-tinjau juga kemudahan di sekitar hotel Scholar's Suites. Ada banyak kemudahan lain seperti tapak permainan kanak-kanak, dewan besar, bilik mesyuarat dan kafetaria. Mencukupi untuk perkara asas bagi mereka yang mahu menginap untuk beberapa hari di UPSI atau Tanjung Malim.

Scholar's Suites; UPSI Tawar Hotel Selesa di Tanjung Malim

Scholar's Suites; UPSI Tawar Hotel Selesa di Tanjung Malim

Bergambar bersama rakan guru yang sedang menyambung pengajian di UPSI, Cg Hafiz

Scholar's Suites; UPSI Tawar Hotel Selesa di Tanjung Malim
Tapak permainan kanak-kanak disediakan di bahagian tepi hotel

Secara keseluruhannya, saya rasakan pengalaman bermalam di Scholar's Suites Tanjung Malim merupakan satu pengalaman yang menarik. Paling penting kemudahan hotel ini memudahkan urusan bukan saja saya , malah lebih ramai lagi orang yang mempunyai urusan di UPSI. Musim-musim konvo, dah tentu penuh dan meriah kan?

Catat Komen

0 Ulasan