Semalam merupakan hari terakhir Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Datuk Dr Amin Senin menjalankan tugas beliau sebagai penjawat awam.
Berbakti mengemudi antara kementerian yang paling mendapat perhatian masyarakat, saya rasa bukan calang-calang orang mampu untuk berada menggalas tanggungjawab tersebut.
Pada saya, Datuk Dr Amin yang saya kenali cukup berbangga dan percaya dengan kebolehan guru-gurunya. Tak pernah sekali pun saya dengar beliau salahkan guru untuk apa-apa situasi. Sebagai guru, mendapat ketua sebegini adalah satu motivasi untuk saya bergerak lebih jauh dalam bidang pendidikan.
Naratif baharu pendidikan dan pendekatan 'Bottom to Top' yang dibawa oleh Datuk Dr Amin, juga adalah pendekatan yang sangat baik dalam nak ubah persepsi masyarakat (dan guru) tentang cara kita melihat peperiksaan dan pendidikan secara khususnya.
Teringat saya ketika beliau dengan tenang dan penuh berhikmah menjawab setiap soalan panas yang diutarakan oleh guru semasa sesi Forum Hari Guru 2019 di Pulau Pinang.
Semasa menerima Anugerah Guru Adiwira sempena Hari Guru Kebangsaan 2019 di Pulau Pinang |
Berkongsi buku PAK21 dan STEM hasil penulisan saya di Kolokium STEM Sabah 2018 |
Mid Term review bagi program pertukaran Guru Malaysia ke Korea tahun 2015 di Seoul |
Wefie ramai-ramai untuk perjumpaan KPPM bersama 25 Ikon Pendidikan @ Kementerian Pendidikan Malaysia |
'Kecelaruan' guru yang berpunca daripada 'ketidakjelasan' dan 'ketidakfahaman' kerana tak dapat maklumat yang betul, dapat ditangani dengan sangat baik oleh KPPM kita nih.
Beliau sudahi sesi dialog dengan ungkapan yang cukup memotivasikan, "Sebaik mana pun sistem pendidikan sesebuah negara, namun jika tidak disokong dengan guru-guru yang baik dan berkualiti, maka kita tak akan ke mana.. "
Itu lah Datuk Dr Amin yang saya kenali sejak tahun 2015. Semoga persaraan ini memberi ruang dan lebih banyak masa untuk beliau bersama keluarga dan Sang Pencipta.
Terima kasih untuk segala jasa bakti dan pengorbanan selama ini. Terima kasih untuk tunjuk ajar. Terima kasih Datuk Dr Amin Senin!
1 Ulasan
Selamat Bersara Dr Amin 🌹
BalasPadamTerima kasih.