About Me

Bila 'Geng Keras' Kat Sekolah Dah Pindah Masuk PPD..

Bila kau kemas meja seronok-seronok, then kawan kau meja sebelah pun kemas juga, tapi sebab pindah... Huwaaaaaaa...

Hanya mampu ucap "Tahniah dan Selamat Maju Jaya" buat sahabat yang juga best sparring partner saya di SMK Jerlun, Ustaz Mohd Asrulnizam yang dah naik pangkat sebagai Pen. Pegawai Pendidikan Daerah (Pendidikan Islam) di PPD Kubang Pasu, bermula pertengahan Disember lalu.


Best Sparring Partner

Bermula dengan peluang sama-sama berkongsi di Seminar PLC Kedah tahun 2016, pastu peer coaching setiap kali ada sekolah lain datang benchmarking kat sekolah kami, sama-sama untuk Qiyamullail, Imam Muda dan Quran Hour setiap tahun di sekolah, sama-sama terima Anugerah Inovasi Berkumpulan bagi Tajweed-O-Meter, sampai lah sama-sama dinobatkan sebagai Adiwira PAK21. Huhuhu.. Kenangan sungguh!

Tu belum kira lagi setiap tahun bersaing untuk GP subjek bagi result SPM. Punya sengit, sampai GP Sains dengan Pendidikan Islam pun pernah sama untuk SPM 2017. 2018 Pendidikan Islam beat sket, tapi tak sabar 2019 Sains nak beat plak. Hahahhahaa


Seminar PLC Kedah 2016

Adiwira PAK21

Pendek kata, Ustad Asrul lah best sparring partner saya, bukti bagaimana rakan sekerja yang baik juga adalah penyumbang utama kejayaan kita. Yang hasilnya, alhamdulillah bukan saja memanfaatkan kedua kami, tapi juga sekolah InshaaAllah. Terima kasih banyak ustad!

Orang kata, nak tau betul perangai seseorang tu, pergi lah berkelana. Kalau balik tu dok berkawan lagi, maknanya OK lah tu. Alhamdulillah dan terima kasih juga sebab dah travel dengan saya nih ke Thailand, Vietnam dan Singapura. Misi Acheh saja yang tak kesampaian. Takpa, Europe plak kot pasnih, jom! Hahahahaha


Masa travel back pack ke Singapura
Masa travel back pack ke Singapura

Sekali lagi, saya doakan yang terbaik buat Ustad Asrul dengan bidang tugas baharu beliau, dan satu perkara yang saya yakin, semoga beliau teruskan kecemerlangan di tempat baharu. Lakukanlah perubahan terbaik untuk pendidikan kita. Dan Ingat-ingat lah sama kami di Jerlun nih ya... 😭😭😭 @ Smk Jerlun

Catat Ulasan

0 Ulasan