About Me

Setelah 7 Tahun Berblogging, Apa Saya Dapat?

Pejam celik pejam celik, tak sangka hari nih 18.11.2019, genap 7 tahun saya bergiat aktif berblogging dan menulis. Serious tak sangka langsung! Teringat lagi zaman belajar kat USM dulu, hanya bergurau bahawa suatu hari ada blog www.hailmi.com tertera di belakang t-shirt rakan. Hari nih, bukan setakat ada blog, malah dikembangkan lagi kepada banyak perkara lain lagi.


7 tahun berblogging apa yang CIKGU Hailmi dapat?
7 tahun saya berblogging, apa saya dapat? 

Sehingga kini, jenama www.cikguhailmi.com sudah semakin dikenali, dengan jumlah pengunjung sudah mencecah 32.5 juta, dengan purata 10,000 pengunjung setiap hari. Siapa tak suka kan? Tapi serious benda nih tak mudah!

Banyak juga peluang saya dapat termasuk tawaran menulis buku, kolaboratif dengan agensi besar, dan juga Anugerah yang berkaitan. Tahun ini, saya menerima Best Trendsetter Award di IUCEL 2019, Universiti Malaysia Sarawak pada ogos lalu. Saya percaya sumbangan terbesar yang di ambil kira tentu lah hasil daripada penulisan saya di blog.

Cabaran utama dalam berblogging adalah BUKAN untuk mencipta blog, sebaliknya adalah mengekalkan momentum untuk terus menulis dan berkongsi. Terus Konsisten. Atau terus istiqamah tu sangat lah sukar. Kadang-kadang saya sendiri boleh juga terbabas.

Namun disebabkan saya percaya ada yang perlukan content yang baik dan terkini daripada blog saya untuk dijadikan rujukan dan inspirasi, maka saya rasa perlu kumpul kekuatan untuk terus menulis dan menulis.




Malah saya cipta juga kaedah paling mudah untuk saya, iaitu saya copy saja status yang saya kemaskini di akaun media sosial lain, Facebook atau Instagram supaya dijadikan bahan artikel di blog. Sayang penulisan yang baik dan ada input berguna, namun hilang begitu saja ditelan jutaan status di Facebook. Sekurang-kurangnya jika dipindahkan ke blog, boleh juga bacaan tersebut dikesan oleh Google dan enjin carian lain. Tahap paling malas, ialah saya upah beberapa murid saya untuk menjadi sebahagian daripada kru media sosial saya yang akan bantu update dan share artikel-artikel tersebut.

Zaman sekarang juga blog bukan lagi benda luar biasa. Hampir tiada lagi anugerah yang berkaitan dengan blogging. Tak semeriah masa zaman 2013 dan 2014 dulu, masa awal-awal pembabitan saya dalam dunia blogging. Tapi saya percaya masih relevan dalam memastikan kewujudan content-content Malaysia dan sekaligus bermanfaat untuk digunakan dalam pendidikan khususnya.

Mungkin yang anda baca ini kisah kejayaan. Tapi percaya lah bahawa, apa yang dicapai pada hari ini sebenarnya bermula dengan satu langkah kecil, penuh cita-cita, 7 tahun dulu dengan tanpa apa-apa harapan kecuali untuk berkongsi.

Catat Ulasan

3 Ulasan