About Me

Kali Pertama ke Frogasia Leaps of Knowledge, Rugi Pulak Rasa..

Pada 23 November yang lalu saya berkesempatan untuk menyertai Leaps of Knowledge 2019 anjuran Frogasia. Berlangsung hilang gemilang di JW Marriot Hotel, Kuala Lumpur perhimpunan ini menghimpunkan ramai speaker luar dan dalam negara yang mantap dan menyengat.

Adiwira PAK21 di Frogasia Leaps of Knowledge 2019


Langsung dari Majlis Edufluencers bersama Guru Adiwira PAK21 yang lain macam Ustaz Asrulnizam, Cikgu Stephen, Cikgu Stefanus dan Cikgu Halizah, ini kali Pertama saya hadir ke Leaps of Knowledge. Hehehehe..

Bukan kerana taknak ikut sebelum nih. Tapi sebab tarikh pada tahun-tahun sbeelumnya tu memang tak cun, ada saja program. So memang tak sempat nak join lagi. Tapi alhamdulillah dapat jugak join untuk yang tahun nih punya.

Selain itu juga kehadiran saya kali ini adalah sebagai tanda sokongan saya kepada rakan dan kenalan di Frogasia yang saya dah kenal sebelum nih. Macam Hafizi, Azima, Usha, Hafiz dan ramai lagi. Semua nih orang baik yang tak sampai hati plak saya nak tolak ajakan mereka.



So masa nak menunggu majlis bermula, ada banyak Permainan educational yang disediakan. Banyak juga yang menarik dan menghiburkan. Sempat lah kami Cuba beberapa Permainan.




Bila majlis bermula maka terus ambik tempat dan dapat lah jumpa lebih ramai lagi guru-guru aktif lagi cukup bersemangat. Puji betul bab nih. Sanggup jer cikgu-cikgu nih datang untuk cari ilmu walaupun kena bayar yuran.


Banyak perkongsian menarik pada hari ini. Contohnya daripada perkongsian daripada Top 50 Global Teacher daripada India, Swaroop Rawal juga daripada Pegawai Varkey Foundation sendiri iaitu Michael Picauad yang banyak berkongsi kisah menarik usaha dan pengorbanan guru di serata dunia.






Highlight perkongsian dan juga perkongsian terbaik untuk hari itu saya berikan pada sesi dialog bersama Puan Sri Sherina Aris, Tokoh pendidik yang memang banyak pengalaman menarik dan kisah yang menginspirasikan.

Diselang seli dengan lawak jenaka nya yang bersahaja, jiwa guru nya jelas terpancar dari setiap tutur kata beliau. Sangat menyenangkan!

Selesai sesi Keynote speaker kami bergerak ke sesi selari. Dan sesi yang kami pilih adalah perkongsian daripada seorang guru dari UK bagaimana VLE FROG digunakan dengan sangat baik untuk beliau jalanan pdpc dan dokumentasikan semua program sekolah.





Pendekatan utama beliau adalah lawatan ke tapak pembelajaran, yang sememabgnya kita akui banyak memberi kesan positif kepada murid. Perkara yang sama juga boleh berlaku di Malaysia jika beberapa urusan dan prosedur bawak murid keluar dipermudahkan. Setuju tak?

Oleh kerana saya dan Ustaz Asrul kena bertolak balik ke Kedah awal, maka kami tinggal kan majlis selepas makan tengah ari. Sayang juga nak tinggal sebab petang pun ada sesi perkongsian yang menarik, terutamanya dari Sir Soonufat, Cikgu Bahasa Inggeris dari Kedah yang juga rakan saya. Tapi, apa boleh buat..

Cikgu Aman pun ada kat Leaps of Knowledge 2019


Secara keseluruhannya, saya merasa kan Leaps of Knowledge 2019 oleh Frogasia nih merupakan satu inisiatif yang sangat baik dalam menghimpunkan guru- guru yang sentiasa bersemangat dan bermotivasi nak mencari ilmu baharu. Macam satu gathering orang orang positif untuk satu tujuan yang Sama sama nak baiki diri.

Saya jumpa dengan sangat ramai guru yang bagus, lagi aktif sepanjang sehari berlangsung program. Dan semua juga cukup positif dengan perkara perkara macam nih. Thumbs up untuk yang ini!






Pengisian juga menarik dan membuka mata. Walau bagaimana pun cadangan saya perbanyakkanlah perkongsian daripada local talent. Seperti yang kita ketahui di Malaysia juga ramai guru guru hebat yang kita boleh ketengahkan.

Mentaliti bahawa  'orang luar' tu lebih bagus, patut kita tolak tepi, sedangkan kita juga punya talent yang menyerlah hingga diberi pengiktirafan luar. Kenapa kita tak ketengahkan dan tunjuk kepada orang luar bahawa kita juga lubuk guru guru hebat.

Seperti yang saya katakan pada awal tadi, Rugi Pulak rasanya.. So apa yang rugi? Rugi sebab tak pernah dapat join Leaps of Knowledge nih lebih awal!



Catat Ulasan

0 Ulasan