About Me

Dunia Pendidikan Semakin ke Laut? Ini Pesan Cikgu Suhaila

Belakangan ini banyak cerita pendidikan yang berlegar di sekeliling. Kadangkala yang cerita negatif tu lagi banyak keluar, sampai yang positif pun boleh tumpang rasa negatif juga pastu. Ini tak bagus. Jadi perkongsian daripada Cikgu Siti Suhaila di Facebook beliau, mungkin boleh membuka minda kita sebagai pendidik, kepada sesuatu yang lebih positif. Jom kita baca!


Cikgu Suhaila (berbaju merah) merupakan guru aktif menghasilkan video Pdpc bersama kumpulan cikgooTUBE
Cikgu Suhaila (berbaju merah) merupakan guru aktif menghasilkan video Pdpc bersama kumpulan cikgooTUBE


"Cikgu2 bosan, ngajar apa kat depan, tak faham.

Cikgu asyik membebel.

Beban kerja berlambak2. Pentadbir tak faham. Pentadbir suka push.

JPN PPD asyik mengejar macam2.

Silibus mengarut. KPM tak buat kerja. Menteri ntah hape2.

Terlalu banyak perkara negatif bukan sahaja di minda murid, ibu bapa, malah di minda guru sendiri termasuk sy.

Kita akan terus kekal negatif jika kita maintain di circle yang sentiasa berbicara tentang perkara tu.

Sedangkan sekarang ni banyak perubahan positif dalam arena pendidikan yang kita tak ambil tahu dan tak endah. Kita hanya peka di sisi negatif.

 

Sy sarankan guru2 keluar dari kelompok 'sekolah sendiri semata' dan sertai program2 pendidikan, cari persatuan yang positif, program yg positif yang dihadiri oleh guru2 hebat yang sentiasa memberi inspirasi.

Bila kita banyak terlibat dengan program2 sebegini, kita akan sentiasa terinspirasi. Positif vibes tu di mana-mana. Walau betapa remuk kecewa, frust, letih kita waktu itu, tp bila bertemu dengan insan2 yang penuh inspirasi, InsyaAllah kita akan kembali bersemangat.

Percayalah. Ramai guru yang sy temui menjadikan program2 positif seperti ini sebagai suatu terapi dan mengekalkan diri supaya terus bersemangat sebagai seorang pendidik.


Duta Guru Nadi Negara
Duta Guru Nadi Negara


Kementerian Pendidikan telah mengambil langkah proaktif dengan mengiktiraf guru2 dengan anugerah Guru Nadi Negara, Guru Adiwira Kebangsaan, Guru Adiwira PAK21 dan pelbagai lagi.


BACA LAGI : Edufluencers oleh PADU Education, 25 Ikon Guru Jumpa KPPM


Pengiktirafan sebegini suatu penghargaan yang memberi inspirasi berterusan kepada guru2. Guru2 hebat ini menjadi idola dan ikutan guru2 lain untuk berubah ke arah lebih baik.

Sampai bila kita ingin terus kekal dalam zon selesa?



Ayuh Sama2 kita menyambut baik usaha kementerian pendidikan dalam meningkatkan kualiti guru dengan suasana yang cukup positif dan menginspirasikan.

Mungkin suatu hari nanti kita boleh ubah stigma masyarakat yang menjadikan artis sebagai idola kepada GURU SEBAGAI IDOLA?

Mungkin suatu hari nanti golongan pendidik yang mendominasi dunia media yang banyak memberi pengaruh kepada anak2 kini?

Kita mulakan dengan diri kita sendiri.

Lets make a Change 😉 "


Siapa lagi yang setuju dengan Cikgu Siti Suhaila nih? Mesti ramai kan? Jom komen sket kat bawah.
Cikgu Siti Suhaila merupakan guru Matematik di SMK Pendidikan Khas Setapak, Kuala Lumpur. Beliau juga merupakan guru aktif menghasilkan video Pdpc di Youtube dan sebahagian daripada kumpulan utama guru cikgooTUBE.


Catat Komen

1 Ulasan

  1. As salam cikgu Hailmi, sy setuju dengan pendapat Cikgu Suhaila, selagi kita dalam kelompok negatif, buat benda baik pun orang akan nampak negatif.Biasanya pendidik yang berjiwa besar, akan selalu positif dan mengambil kebaikan dalam apa jua cabaran yang mendatang dalam tugasan pendidikan.InshaAllah.

    BalasPadam