About Me

Jejak Higgs Boson di CERN - Hari 03/14 (Bowling dan Pizza)

Hari nih plak pengisian dia banyak lectures. Macam yang Jeff, koordinator program nih sebut, CERN bukan cuma nak bagi Content Knowledge atau Pedagogical Knowledge saja. Tapi untuk jadi guru yang lebih baik, kursus nih kena ada Pedagogical Content Knowledge.

So bermula lah sesi pengenalan untuk Particle Physics dan Particle Accelerators. 

Berdengung weyh nak faham. Tapi abam boleh simpulkan, mudah camni je dulu.

Jejak Higgs Boson di CERN - Hari 03/14 (Bowling dan Pizza)






Kita tahu atom kan? Atom ada proton, neutron dan elektron. Tapi dalam particle physics dia ada sub unit lagi yang membentuk setiap satu tadi. Contoh macam quark, boson etc.

Tapi untuk eksperimen, dia nak amik proton saja. Yang mana proton tadi diasingkan, dipecutkan, dan dilanggarkan sesama proton. Impaknya tadi, dikaji. Fuhhh.. Faham dak?

Sesi kedua lagi pening. Tapi suka tengok lecturers depa yang muda-muda dan gila-gila dengan gaya mereka sendiri. Susah nak cari kat Malaysia yang sempoi dan tak skema camtuh rasanya. 😅

Tapi bila part mengajar tu, dahsyat sangat ilmunya. Nampak passion dia dengan ilmu dan kepakaran yang dia ada. 

Sesi akhir plak, dengan nama First Questions & First Answers. Unik sungguh. Lecturer dok depan, pastu sapa nak tanya apa pon semua dia jawab teruih kat situ. Takdak dah dok bentang-bentang ka apa. Best dan boleh praktik.

Uniknya kat CERN nih, dari semalam dah 5 lecturers, takdak satu pun lagi yang datang dari negara yang sama! Saya doa supaya suatu hari nanti pon ada lecturer dari Malaysia yang boleh buat perkongsian macam ni jugak. Amin. 

Lepas dah selesai semua kami pergi bowling ramai-ramai. So dikumpulkan dalam Focus Group masing-masing dengan team saya ada guru dari Australia, Greece, Slovakia dan Kuwait. Dah happy semua makan pizza sama-sama. Untuk Muslim ada pizza veggie disediakan. @ CERN






Catat Komen

0 Ulasan