About Me

Indahnya Annecy, Venice of the Alps

Jadi minggu nih abam berpeluang untuk melawat ke Annecy, France yang terkenal dengan jolokan, Venice of the Alps.

Jaraknya dari Geneva tak jauh pun. Hanya 2 jam perjalanan guna bas, return ticket £30. Kalau nak laju lagi, guna tren. Tapi mahal sket lah.

Indahnya Annecy, Venice of the Alps







Abam tido jer sepanjang jalan. Mengantuk. Tapi bila dah sampai dan celik mata, phewwww.. Pemandangan dia sangat lah memukau. Cantik sangat bandar dia!

Dengan berlatarbelakangkan pergunungan yang indah, biru air tasiknya, yang mengalir merentasi celah-celah bangunan sejak kurun ke-19, memang laksana macam dalam cerita fairytale. Lawa sangat!

Bandar dia pun kecik saja. Jadi trip separuh hari pun dah cukup. Tapi kalau nak lama-lama kat sini, join lah depa-depa tu berenang. Tengok syok jugak ramai-ramai lagu tuh.. 😂

So, bagi destinasi nih abam bagi 5 bintang, dan sangat recommend lah bagi yang nak datang melawat Annecy. Berbaloi baloi!

P/s: Baru saya tahu, hari Ahad di kebanyakan European cities, memang diorang cuti sungguh, termasuk yang bukak kedai. Kalau yang ada bukak pon di tempat yang ramai pelancong, dan orang ramai. Huhuhu.. @ Annecy, France






Catat Komen

0 Ulasan