About Me

CERN: Makmal Hebat Yang Penuh Kontroversi

CERN atau Pertubuhan Penyelidikan Nuklear Eropah (Perancis: Conseil européen pour la recherche nucléaire) merupakan pusat kajian yang mempunyai makmal fizik zarah terbesar di dunia. Ditubuhkan pada 1954, organisasi yang terletak di kawasan luar bandar Geneva, bersempadan antara Switzerland dan Perancis ini mempunyai keahlian 23 buah negara. Sekalipun bukan negara ahli, tetapi Malaysia juga termasuk dalam senarai negara-negara yang mempunyai hubungan saintifik dengan CERN. 


CERN: Makmal Hebat Yang Penuh Kontroversi
CERN: Makmal Hebat Yang Penuh Kontroversi


Penemuan Saintifik
Seramai 3 penerima Nobel Fizik adalah hasil daripada eksperimen yang berlangsung di CERN. Antara pencapaian penting dalam fizik zarah yang ditemukan melalui eksperimen di sini adalah:

1973: Penemuan arus neutral dalam Gargamelle bubble chamber
1983: Penemuan Boson W dan Z di dalam Eksperimen UA1 dan UA2
1989: Penentuan nombor light neutrino families pada Large Electron-Positron Collider (LEP) yang beroperasi pada puncak boson Z
1995: Penciptaan pertama atom antihidrogen dalam Eksperimen PS210
1999: Penemuan CP Violation dalam Eksperimen NA48
2010: Pengasingan 38 atoms antihidrogen
2011: Menguruskan antihidrogen untuk lebih daripada 15 minit
2012: Penemuan Higgs Boson, yang juga dikenali sebagai 'God Particle'


Model Standard bagi Zarah asa
Model Standard bagi Zarah asas

Fungsi utama CERN adalah menyediakan pemecut zarah (particle accelerators) dan juga infrastruktur yang diperlukan bagi kaji fizik tenaga tinggi. CERN juga merupakan tempat lahir penciptaan World Wide Web.



Eksperimen dan Fasiliti di CERN
CERN mengoperasikan rangkaian yang terdiri daripada enam pemecut (accelerator) dan juga satu nyahpemecut (decelerator). Setiap mesin dalam rangkaian mampu meningkatkan tenaga zarah sebelum dihantar untuk melakukan eksperimen ataupun ke pemecut yang lebih berkuasa tinggi. 



Salah satu eksperimen yang berlaku di LHC, iaitu ALICE
Salah satu eksperimen yang berlaku di LHC, iaitu ALICE


Antara mesin yang aktif adalah:

1. LINAC 2 - pemecutan proton
2. LINAC 3 - pemecutan ion
3. LINAC 4 - pemecutan ion hidrogen negatif
4. AD (Antiproton Decelerator) - nyahpecut antiproton
5. LHC (Large Hadron Collider) - pelanggaran proton atau ion berat
6. LEIR (Low Energy Ion Ring) - pemecutan ion
7. PSB (Proton Synchrotron Booster) - pemecutan proton atau ion
8. PS (Proton Synchrotron) - pemecutan proton atau ion
9. SPS (Super Proton Synchrotron) - pemecutan proton atau ion
10. ISOLDE (On-Line Isotope Mass Separator) - mengkaji nukleus tak stabil
11. CLIC (Compact Linear Collider) - mengkaji kemungkinan projek pelanggaran linear



Pelanggar Hadron Besar
Banyak daripada aktiviti di CERN adalah melibatkan Large Hadron Collider (LHC) dan eksperimen yang berkaitan dengannya. LHC nih juga merupakan suatu projek saintififik kerjasama dunia, sama seperti ISS (International Space Station). 


Pelanggar Hadron Besar atau Larga Hadron Collider
Pelanggar Hadron Besar atau Larga Hadron Collider

Terowong LHC ini terletak 100m di bawah tanah, dan merentas sehingga 27 km. Ada tujuh eksperimen yang berlaku di sepanjang pelanggar (collider) yang mengkaji pelanggaran zarah dari pelbagai aspek, dengan pelbagai teknologi. Antaranya adalah:

1. CMS - Compact Muon Solenoid
2. ATLAS - A Toroidal LHC Apparatus
3. LHCb - LHC beauty
4. MoEDAL - Monopole and Exotics Detector At the LHC
5. TOTEM - Total Cross Section, Elastic Scattering and Diffraction Dissociation
6. LHC-f - LHC-forward
7. ALICE - A Large Ion Collider Experiment




Seperti lain-lain teknologi canggih dan terkehadapan yang lain, CERN juga tak lepas daripada dijadikan bahan dalam teori konspirasi. Jemput baca 5 Kontroversi Yang Terkait Dengan CERN untuk maklumat lanjut.




RUJUKAN : Wikipedia |   CERN   |   Particle Physics   |   Higgs Boson




Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Malaysia bersama 40 negara lain adalah dalam pakatan eksperimen CMS, menerusi Pusat Fizik Zarah Kebangsaan (NCPP), yang dihoskan Universiti Malaya, semenjak 2013.

    BalasPadam
  2. If you’re in a rush and need an authors which write my essay in 1 hour, then go to https://onehouressays.com. This site has highly reputable for its services. Their writers are experts in a variety of fields and can help you with anything from high school essays to PhD dissertations. This site is great for those with tight deadlines and offers a range of benefits, including free revisions, a money-back guarantee, and 24/7 customer support.

    BalasPadam