About Me

Kolaborasi Cikgu Korea di IPG Kampus Temenggung Ibrahim

Dalam tanpa perancangan, muncul peluang untuk saya berkongsi inspirasi dengan 400 adik-adik bakal guru di IPG Kampus Temenggong Ibrahim, JB.

Rezekinya datang melalui alumni IPGKTI, iaitu @mrhafizmungin yang juga merupakan cikgu hebat Malaysia ke Korea pada tahun 2018. Program yang sama, saya ikuti pada tahun 2015.



Kolaborasi Cikgu Korea di IPG Kampus Temenggung Ibrahim
Kolaborasi Cikgu Korea di IPG Kampus Temenggung Ibrahim


Buat julung kalinya juga, 2 alumni #KOMTEP ini bergabung dengan impian melihat lebih ramai yang terinspirasi. Benda pendidikan bukan kerja buat satu dua orang. Tapi kerja semua orang. Maka sama2 lah kita saling menginspirasikan satu sama lain.

Sangat lah saya cadangkan supaya ada lebih banyak perkongsian corak sebegini antara guru berjaya di lapangan, dengan bakal guru di IPG. Pengalaman di pedalaman, laluan kerjaya Guru Cemerlang dan peluang antarabangsa, patut didedahkan di peringkat awal, sebelum bergelar guru lagi. Maka IPG lah tempatnya.




Kolaborasi Cikgu Korea di IPG Kampus Temenggung Ibrahim

Kolaborasi Cikgu Korea di IPG Kampus Temenggung Ibrahim

Kolaborasi Cikgu Korea di IPG Kampus Temenggung Ibrahim

Kolaborasi Cikgu Korea di IPG Kampus Temenggung Ibrahim

Kolaborasi Cikgu Korea di IPG Kampus Temenggung Ibrahim

Kolaborasi Cikgu Korea di IPG Kampus Temenggung Ibrahim



Tahniah dan jutaan terima kasih tak terhingga saya ucapkan buat para pensyarah IPG Kampus Temenggong Ibrahim yang cekap dan cepat mengatur perkongsian ini.

Semoga ada rezeki lagi nak bertemu dengan warga #IPGKTI yang baik-baik hati semua nih. @ Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim

Catat Komen

0 Ulasan