About Me

DOWNLOAD Kertas Kerja Karnival STEM Peringkat Sekolah

Trending pendidikan STEM pada tahun 2018 menyebabkan banyak sekolah memulakan inisiatif menganjurkan Karnival STEM di peringkat sekolah masing-masing. Pendidikan STEM berjaya mengintegrasikan lebih banyak matapelajaran dengan diperluaskan kepada lebih banyak aktiviti yang menarik. Di sini saya kongsikan contoh Kertas kerja Karnival STEM peringkat sekolah yang boleh dijadikan rujukan oleh guru-guru.


Kertas Kerja Penganjuran Karnival STEM Peringkat Sekolah
Kertas Kerja Penganjuran Karnival STEM Peringkat Sekolah

Terima kasih tak terhingga juga kepada guru-guru yang sudi menyumbangkan contoh kertas kerja ini bagi dijadikan rujukan oleh guru-guru lain. Guru-guru lain juga diharapkan dapat berkreatif dengan mengubahsuai ikut kesesuaian seperti di setting sekolah masing-masing. Semoga bermanfaat untuk semua!



Contoh 01
Kertas Kerja Karnival Eksplorasi STEM : Angkasa 2018 Peringkat Negeri Kedah 
Sumbangan : Cikgu Norhailmi bin Abdul Mutalib (SMK Jerlun, Kedah)





Karnival Eksplorasi STEM : Angkasa 2018 Peringkat Negeri Kedah ini dijalankan pada 21 Oktober yang lalu, dengan kerjasama daripada Pusat STEM Negara dan JPN Kedah di SMK Jerlun. Karnival ini mensasarkan murid menengah rendah supaya minat dengan bidang STEM, serta menjadikan topik penjelajahan angkasa sebagai niche bagi karnival STEM. 



Karnival Eksplorasi STEM : Angkasa 2018 Peringkat Negeri Kedah di SMK Jerlun
Karnival Eksplorasi STEM : Angkasa 2018 Peringkat Negeri Kedah di SMK Jerlun

Dr Haji Ahmad Rafee Che Kassim merasmikan Karnival STEM : Angkasa 2018
Dr Haji Ahmad Rafee Che Kassim merasmikan Karnival STEM : Angkasa 2018

Pameran hasil kerja murid SMK Jerlun bagi pembelajaran berasaskan projek
Pameran hasil kerja murid SMK Jerlun bagi pembelajaran berasaskan projek

Karnival STEM dengan tema angkasa yang julung-julung kalinya diadakan di Malaysia dengan kerjasama Pusat STEM Negara ini juga turut dirasmikan oleh Pengarah Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Dr Haji Ahmad Rafee bin Che Kassim. 



Contoh 02
Kertas Kerja Mini Karnival STEM Peringkat Sekolah 2018
Sumbangan : Cikgu Azmahani binti Nor @ Muhamad Nor (SMK Sri Perhentian, Johor)




Mini Karnival STEM SSP 2018 ini telah diadakan pada 11 April, dengan objektif bagi memperkenalkan bidang STEM kepada semua murid dan guru SMK Sri Perhentian, Johor. Sebanyak 5 aktiviti telah dijalankan bagi karnival STEM ini, antaranya adalah Math's Mind Challenge, Kereta Belon, Menara Jubilee, Deep Water Floating dan Rocket Launching.



Aktiviti STEM Deep Water Floating di Karnival STEM SMK Sri Perhentian, Johor
Aktiviti STEM Deep Water Floating di Karnival STEM SMK Sri Perhentian, Johor

Bahan rujukan untuk bacaan STEM di Malaysia
Bahan rujukan untuk bacaan STEM di Malaysia

Aktiviti STEM Menara Jubilee di Karnival STEM SMK Sri Perhentian, Johor
Aktiviti STEM Menara Jubilee di Karnival STEM SMK Sri Perhentian, Johor



Kertas kerja yang disumbangkan oleh Cikgu Azmahani nih lengkap dengan contoh borang penyertaan, notis dan laporan penganjuran Karnival STEM tersebut. Terbaik cikgu!



Contoh 03
Kertas Kerja Karnival STEM Peringkat Sekolah 2018
Sumbangan : Cikgu Norbaizura binti Mohd Rashid (SMK Kuala Krau, Pahang)





Karnival STEM di SMK Kuala Krau, Pahang ini telah diadakan pada 14 dan 15 November yang lalu dengan mensasarkan murid Tingkatan 1 hingga 4 dengan menawarkan pelbagai aktiviti STEM yang menarik. Antaranya adalah Inovasi Teknologi Hijau, Eiffel Tower dan Coding. 



Karnival STEM 2018 di SMK Kuala Krau, Pahang
Karnival STEM 2018 di SMK Kuala Krau, Pahang

Karnival STEM 2018 di SMK Kuala Krau, Pahang
Karnival STEM 2018 di SMK Kuala Krau, Pahang

Karnival STEM 2018 di SMK Kuala Krau, Pahang
Karnival STEM 2018 di SMK Kuala Krau, Pahang




Akhir sekali saya ucapkan jutaan terima kasih kepada Cikgu Azmahani dan Cikgu NorBaizura yang sudi berkongsikan kertas kerja penganjuran Karnival STEM di sekolah mereka bagi digunakan sebagai rujukan untuk lebih ramai lagi guru kat Malaysia. 

Semoga Allah jua lah yang mampu membalas jasa baik perkongsian ilmu daripada cikgu-cikgu. Dan semoga juga jadi bekalan baik di akhirat nanti. Amin!





Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. Ideal and also Cheapest Jabodetabek Individual Coaching, our own staff members along with teachers appear home, collection your personal analysis program and might select virtually any arena connected with study ... visit https://kursus-ekonomi.netlify.app/les-privat-ekonomi-jakarta-timur.html for more information

    BalasPadam
  2. The ideal Jabodetabek private tutoring for kindergarten, elementary, junior high school. The very best private teachers graduated from well-known state universities. The closest tutoring place online to your property at low priced ... visit https://kursus-mandarin.vercel.app/kursus-bahasa-mandarin-taman-sari.html for further

    BalasPadam
  3. Our company offers private lessons for PAUD, TK, SD, SMP, SMA, and Alumni. With a and accelerated method, it truly is hoped that it is able to foster an era of individuals with good morals... for detail https://biologi-exed.blogspot.com/2022/04/les-privat-biologi-di-palmerah-terdekat.html

    BalasPadam
  4. Ignite your passion for languages and join our immersive language program at Executive-Education.id. By using a target practical communication skills, authentic materials, and real-world scenarios, you'll build fluency and confidence in the preferred language. Get yourself into a whole lot of linguistic excellence and begin a trip of private and professional growth. Click https://kursus-spanyol.github.io/kursus-bahasa-spanyol-kramat-jati.html for latest information.

    BalasPadam