Bina Pelancar Roket Dengan Kos Tak Sampai RM15! |
TAKLIMAT
So saya mulakan dengan buat taklimat ringkas memperkenalkan terlebih dahulu rocket launcher kepada murid-murid tingkatan 2 tu dulu. Mintak abang-abang senior mereka yang pernah terlibat, dan tunjuk cara bagaimana rokcet launcher tu boleh beroperasi.
Konsep dia mudah saja. Pam angin bagi masuk, pegang handle dan lepaskan pada masa yang sesuai. Abang-abang tu juga share bahan apa yang nak digunakan, serta beberapa langkah keselamatan yang patut diambilkira masa nak bina pelancar roket tu.
PERSEDIAAN BAHAN
Selesai taklimat, sebelah petangnya saya beserta abang-abang fasi berkumpul bagi membincangkan model dan juga bahan yang akan digunakan. Alhamdulillah kerjasama mereka adalah sangat baik. So berikut adalah senarai bahan dan siap sekali ukuran dan harga dia sekali. Harga mungkin berubah ikut kawasan lah.
Senarai bahan dan juga kos nak membina pelancar roket (rocket launcher) |
Nih lah model Rocket Launcher yang kami nak buat tu |
Oh ya. Bagi memudahkan dan menjimatkan masa juga masa buat aktiviti pada hari sekolah, maka abang fasi dah siap potong ikut ukuran yang diperlukan juga. Malah kerja-kerja yang berbahaya dan kelengkapan yang tak cukup, pun kami dah siap-siap buatkan untuk murid. Jadi diorang hanya datang plug and play gitu lah konsep nya.
HARI AKTIVITI
Untuk hari aktiviti lebih mudah lah kan, sebab semua bahan dah dipotong ikut ukuran. Ada beberapa step saja lagi yang budak-budak kena buat. Lebih senang nak diurus dan tak buang masa banyak sangat.
Ada yang tolong bantu potong pvc supaya mempercepatkan proses penghasilan |
Bahagian tengah PVC kena layurkan dengan api untuk ditekan bagi menghasilkan kawasan yang gemuk sket |
Murid PPKI juga terlibat dalam penghasilan rocket launcher ini |
Abang fasi menunjuk cara bagaimana nak susun cable tie tu dengan baik |
Cable tie yang dah disusun diikat dengan kemas |
Guru PKKI, Cikgu Norhayati dan Ustazah Ommi juga turut serta |
Bahagian nak sambung tu kena gunakan gam supaya lekat dengan baik |
Semua murid mencuba hasilkan rocket launcher mereka sendiri secara berkumpulan |
Bahagian tepi juga disapu dengan gam supaya dapat menutup ruang udara |
Rocket launcher yang dibina oleh pelajar PPKI |
Kalau tak berapa nak faham lagi langkah-langkah dia, boleh lah juga tonton video Bina Pelancar Roket Dengan Kos Tak Sampai RM15 kat Youtube ya. Yang itu ada ditunjukkan langkah satu persatu supaya anda mudah paham.
PERSIAPAN AKHIR
So sebelum masing-masing keluar dan tinggalkan makmal nih, saya mintak diorang posing sket dengan rocket launcher masing-masing. Actually dalam rekod dokumentasi simpanan saya, setiap kumpulan juga ada nama dan logo masing-masing. So berikut adalah semua kumpulan yang terlibat. Bakal-bakal angkasawan, macam cikgu diorang jugak! ;)
Bina Pelancar Roket Dengan Kos Tak Sampai RM15! |
PELANCARAN
So untuk pelancaran roket nih kita test kat tengah dataran sekolah. Lagipun masa dah dekat-dekat nak balik sekolah dah, jadi semua pun dah lemau kan. Tapi bila dah start tu, memang meriah lah satu sekolah. Yang lain pun excited jugak nak tengok, apa yang tengah berlaku kat luar tu.
Alhamdulillah saya gembira sebab semua rocket launcher yang dihasilkan dapat berfungsi dengan baik. Ada satu team yang dapat hasilkan dengan sangat baik, dan ada potensi untuk dikembangkan lagi pada akan datang.
Tapi yang lebih menyeronokkkan sebab semua murid dapat pengalaman untuk hasilkan sendiri rocket launcher mereka, yang sebelum nih nak dapatkan dengan harga RM50 dan ke atas. Tapi kami dapat buat dengan kos cuma RM15.
Satu lagi ada penglibatan murid PPKI, berkeperluan khas yang juga menunjukkan bahwa mereka juga dapat terlibat dengan aktiviti STEM jika diberi peluang.
So untuk anak-anak saya yang berjaya hasilkan rocket launcher pada hari ini, saya doakan mudah-mudahan ada yang jadi berjaya dan dapat terbang tinggi macam roket yang mereka lancar juga. Ok sampai kita jumpa lagi dalam perkongsian STEM yang lain pulak.
1 Ulasan
Great article,thanks for sharing with us!
BalasPadam