About Me

Perkongsian STEM Amalan Terbaik di SM Sains Kepala

Atas keperluan kepentingan pendidikan STEM dalam trend pendidikan kini, maka pihak SM Sains Kepala Batas telah mengadakan inisiatif menganjurkan Bengkel Perkongsian Amalan Terbaik STEM pada 30 Jun yang lalu.

Melalui guru Biologi, Cikgu Izani pihak sekolah telah menjemput saya sebagai penceramah dan pengendali bengkel bagi kursus STEM kepada para guru di sekitar Pulau Pinang ini.


Perkongsian STEM Amalan Terbaik di SM Sains Kepala
Perkongsian STEM Amalan Terbaik di SM Sains Kepala

Seramai hampir 100 orang guru telah menyertai bengkel STEM tersebut, dengan kebanyakan nya adalah guru STEM sekitar Kedah dan Pulau Pinang. Malahan ada juga guru yang datang sejauh dari Perak dan Johor, semata-mata bagi perkongsian amalan terbaik ini.

Berkebetulan pula, penganjuran bengkel STEM ini adalah yang pertama selepas sekembalinya saya dari kursus guru NASA di Amerika Syarikat, maka lebih banyak input STEM yang saya dapat kongsikan. Rezeki mereka betul!


Perkongsian STEM Amalan Terbaik di SM Sains Kepala


Sesi satu adalah sesi perkongsian amalan terbaik dalam kelas. Saya mulakan dengan memberi penerangan mengenai apa itu STEM, sejarah STEM di Malaysia dan seterusnya pendekatan yang saya gunakan untuk bilik darjah sebagai amalan terbaik.

Sebagai contohnya, bagaimana pendekatan inkuiri, penyelesaian masalah dan pembelajaran berasaskan projek dijalankan bersama murid saya di SMK Jerlun. Ini juga termasuk apa masalah yang saya hadapi, dan bagaimana saya mengatasi permasalahan tersebut.


Perkongsian STEM Amalan Terbaik di SM Sains Kepala


Perkongsian STEM Amalan Terbaik di SM Sains Kepala


Perkongsian STEM Amalan Terbaik di SM Sains Kepala



Sesi kedua pula sesi hands on, iaitu bagaimana guru boleh mengaplikasikan pembelajaran berasaskan projek dengan murid. Seperti biasa, dalam sesi hands on ini guru dikehendaki menyiapkan projek penapis air, dengan mempertimbangkan langkah seperti mengenalpasti pembolehubah dan memberi pertimbangan kepada perkara yang lain.

Saya biarkan peserta bengkel bereksplorasi bagi memberi ruang kreativiti kepada mereka. Saya bertindak sebagai fasilitator, dengan membimbing peserta melalui teknik penyoalan.

Selesai tugasan, dan pembentangan, maka saya mintak guru-guru membuat refleksi daripada apa yang mereka pelajari semasa proses tersebut. Antara yang perlu diberi perhatian adalah:

1. Proses murid semasa aktiviti lebih penting daripada produk akhir murid
2. Konsep asas STEM yang terlibat haruslah ditekankan guru semasa proses facilitating
3. Pembelajaran juga boleh berlaku melalui kegagalan murid menghasilkan produk

Saya menekankan juga peranan guru sebagai fasilitator yang betul semasa melakukan aktiviti. Ini penting, bagi mengelakkan masalah murid dapat buat, tetapi apa pun tak paham akhirnya.


Perkongsian STEM Amalan Terbaik di SM Sains Kepala
Perkongsian STEM Amalan Terbaik di SM Sains Kepala

Alhamdulillah semuanya selesai dengan jayanya. Harapan saya tak lain tak bukan adalah semoga selepas berakhirnya bengkel STEM ini maka lebih ramai guru yang lebih yakin untuk menggunakan pendekatan yang akhirnya boleh memberikan kemahiran penting STEM kepada murid.




Catat Ulasan

0 Ulasan