About Me

Pertandingan Video PADU - Transformasi Pendidikan TN50

Setelah lama tak melibatkan diri dengan pertandingan video, kali ini pasukan video SMK Jerlun mencuba nasib dalam pertandingan video Transformasi Pendidikan TN50 anjuran PADU. Tak sangka, penyertaan tunggal dan last minute kami berjaya meraih tempat Ketiga bagi kategori Menengah Rendah!

Pertandingan Video PADU - Transformasi Pendidikan TN50


Maka saya, bersama ketua kumpulan, Muhd Fathurrahman berangkat ke Kuala Lumpur bagi majlis penyampaian hadiah yang berlangsung di TGV Cinema, Suria KLCC.

Tak sangka, terserempak pula dengan kenalan lama yang turut sama aktif menyertai pertandingan video, iaitu Cikgu Zainal daripada Johor. Perkenalan kami sebenarnya sejak daripada mula aktif dengan pertandingan video Liga Remaja Kreatif anjuran SKMM suatu ketika dahulu.

Pertandingan Video PADU - Transformasi Pendidikan TN50


Pertandingan Video PADU - Transformasi Pendidikan TN50


Majlis berlangsung dengan sangat santai dan sempoi. Memang rasa rileks dan tak ler protokol sangat. Jadi semuanya jadi selesa dan penuh kegembiraan. 

Bagi pemenang tempat ketiga, kami menerima hadiah wang tunai berjumlah RM500, sebuah kamera kompak Canon IXUS dan juga sebuah trofi kemenangan. Hamper besar pun ada sekali. 

Tempat pertama lagi lumayan sebab menerima sebuah dron! Huhuhu.. rasa menyesal pulak tak buat sungguh-sungguh arituh. Hahahhahaha..

Pertandingan Video PADU - Transformasi Pendidikan TN50


Pertandingan Video PADU - Transformasi Pendidikan TN50


Apa- pun bagi saya ini adalah pendedahan terbaik kepada pelajar-pelajar saya. Apatah lagi mereka adalah terdiri daripada pelajar tingakatn 2 dan 3, yang masih punya banyak waktu untuk berada di SMK Jerlun sebagai pelapis. 

InshaAllah kami akan cuba kenalpasti lagi bakat-bakat pelajar yang boleh diasah lagi bagi tujuan penghasilan video kreatif seperti ini. 

Untuk PADU, thanks!


Catat Ulasan

0 Ulasan