About Me

Penyakit Berjangkit dan Penyakit Tidak Berjangkit

Penyakit merupakan keadaan tidak normal pada badan atau minda yang menyebabkan ketidakselesaan, sukar berfungsi atau memberi tekanan kepada seseorang individu. Penyakit boleh dikelaskan kepada dua jenis, iaitu penyakit berjangkit dan penyakit tidak berjangkit.


PENYAKIT BERJANGKIT
-Penyakit berlaku disebabkan jangkitan daripada patogen secara langsung atau melalui medium dan vektor.
-Contoh: Tuberkulosis, selsema, kurap, panau, pneyakit kencing tikus, demam denggi, demam malaria dan demam zika.
-penyakit yang boleh berpindah daripada seseorang individu kepada individu lain.


PENYAKIT TIDAK BERJANGKIT
-Penyakit berlaku disebabkan faktor genetik atau faktor hidup.
-Contoh: Kanser, hipertensi, diabetes, asma dan penyakit kardiovaskular.
-Penyakit yang tidak berpindah daripada seorang individu kepada individu lain.


BAGAIMANAKAH PENYAKIT BERJANGKIT DISEBARKAN ?
Penyakit berjangkit disebarkan oleh patogen, iaitu organisma yang menyebabkan penyakit. Sebagai contoh, semua virus, protozoa, sesetengah bakteria, kulat dan cacing.

      Penyakit berjangkit disebarkan oleh patogen yang dipindahkan daripada seseorang mangsa (hos) kepada mangsa yang lain melalui vektor dan medium seperti air, udara dan sentuhan. Mangsa ialah hos yang lemah dan mudah dijangkiti. Setelah dijangkiti penyakit, hos akan menunjukkan gejala yang tertentu.

PENYAKIT BAWAAN UDARA
Terdapat dua cara jangkitan penyakit bawaan udara, iaitu jangkitan titisan dan jangkitan habuk.

cara jangkitan penyakit bawaan udara
cara jangkitan penyakit bawaan udara

Jangkitan melalui udara dapat dicegah dengan mengamalkan cara-cara yang berikut:
-menutup mulut dan hidung semasa bersin, batuk atau menguap.
-tidak meludah dimerata-rata tempat.
-mengelakkan diri daripada berada di tempat yang penuh sesak.
-memastikan tempat tinggal cukup cahaya keran sinar ultarungu yang boleh membunuh sesetengah mikroorganisma dalam udara.


PENYAKIT BAWAAN AIR
Jangkitan melalui air biasanya berlaku di kawasan yang tidak mempunyai bekalan air paip terawat dan sistem sanitasi yang sempurna. Sebagai contoh, apabila seseorang menggunakan tandas yang dibina atas sungai, tinjanya yang mengandungi patogen akan memasuki sungai dan mencemarkan sungai. Seseorang itu boleh dijangkiti petogen apabila terminum air sungai yang telah tercemar.

      Antara contoh penyakit yang berjangkit melaluiair termasuklah kolera, demam kepialu dan disentri ameba. Jangkitan penyakit melalui air boleh dicegah dengan cara:

-mencampurkan klorin di dalam kolam renang dan sistem bekalan air.
-membina tandas yang mempunyai sistem sanitasi yang sempurna.
-mendidihkan air minuman dengan sempurna.
-mencuci tangan dengan sabun selepas menggunakan tandas.


JANGKITAN PENYAKIT MELALUI SENTUHAN
Dua contoh penyakit yang berjangkit melalui sentuhan ialah kurap dan panau. Kedua-duanya disebabkan oleh kulat. Jangkitan berlau akibat tersentuh kulit yang telah dijangkiti atau memakai pakaian pesakit.

      Penyakit seperti sifilis dan gonorea pula berjangkit melalui hubungan seks. Patogen penyakit-penyakit ini terdapat di dalam air mani dan bendalir faraj.

      Selain itu, virus HIV yang menyebabkan AIDS boleh merebak melalui hubungan seks, darah dan perkongsian jarum suntikan dalam kalangan pesakit dan penagih dadah.


JANGKITAN PENYAKIT MELALUI VEKTOR
Sesetengah patogen menggunakan haiwan untuk memindahkannya daripada satu hos kepada hos yang baharu. Haiwan yang memindahkan patogen ini dikenali sebagai vektor.

vaksin dan patogennya
vaksin dan patogennya

beberapa jenis penyakit, gejala, patogen, vektor dan cara jangkitan
beberapa jenis penyakit, gejala, patogen, vektor dan cara jangkitan


BAGAIMANAKAH VEKTOR MENYEBARKAN PENYAKIT ?
Nyamuk dan lalat merupakan dua vektor yang boleh menyebarkan pelbagai jenis penyakit berjangkit. mari kita lihat cara dua jenis vektor ini menyebarkan penyakit.

cara nyamuk dan lalat menyebarkan penyakit
cara nyamuk dan lalat menyebarkan penyakit


MEKASNISME MENGHALANG PENULARAN PENYAKIT BERJANGKIT
Bagaimanakah penyakit berjangkit dapat dihalang daripada terus menular? Pencegshsn penyakit berjangkit melibatkan tiga peringkat.

3 peringkat pencegahan penyakit berjangkit
3 peringkat pencegahan penyakit berjangkit


Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. The most effective Jabodetabek private tutoring for kindergarten, elementary, junior high school. The most beneficial private teachers graduated from well-known state universities. The nearest tutoring place online to the home at low priced ... click https://kursus-jerman.vercel.app/kursus-bahasa-jerman-bekasi.html for more information

    BalasPadam
  2. The most beneficial Jabodetabek private tutoring for kindergarten, elementary, junior high school. The best private teachers graduated from well-known state universities. The nearest tutoring place online to your property at inexpensive ... click https://kursus-jerman.vercel.app/kursus-bahasa-jerman-pejaten.html for more information

    BalasPadam
  3. You will see a cheaper fee versus the table above, ensure that again around the qualifications on the teacher / Kindergarten teacher recommended to your account ... click for more information https://biologi-exed.blogspot.com/2022/07/les-privat-biologi-di-penjaringan.html

    BalasPadam
  4. This is such a great post! It’s the little things in life that mean the most and make up the larger moments in our lives five nights at freddy's unblocked!

    BalasPadam