About Me

TRAVEL Backpack 3 Hari 2 Malam ke SINGAPURA Dengan RM384 Saja!

Saya nak kongsikan sikit pengalaman backpack saya dan sahabat baik saya, Ustad Asrul selama 3 hari 2 malam ke negara jiran kita, Singapura pada tahun 2018. Kos penuh dia dalam RM819 seorang, termasuk flight dan penginapan di Singapura, sebab memang hajatnya nak rasa bermalam di sana. Jadi, jom kita tengok itinerari sepanjang 3 hari 2 malam di Singapura tersebut.


Backpack 3 Hari 2 Malam ke Singapura Dengan RM384 Saja!
Backpack 3 Hari 2 Malam ke Singapura Dengan RM384 Saja!


Tiket flight Air Asia (RETURN)
Penang - Singapura - penang = RM205

Untuk penginapan pula seperti yang kami rancangkan, iaitu nak rasa pengalaman bermalam di Singapura, maka kami booking Hotel 5FootWayInn yang terletak betul-betul kat Boat Quay. So mudah saja, turun MRT pada steseyen Clarke Quay kemudian jalan kaki dalam 10 minit camtu.

Yang nih kitorang booking awal secara online. Untuk 3 Hari 2 Malam tersebut, jumlah yang kami kena bayar adalah RM460 untuk bilik 2 orang. Kecik giler bilik, tapi lokasi strategik sebab tengah pusat bandar.


HARI 1
Sampai di airport lebih kurang jam 2 petang camtu. Dan sebelum bergerak cari hotel, maka kitorang sempat lah makan-makan dulu airport. Lapar weyh! So sekali makan SD10 lebih kurang RM30 kita. Pastu jom kita mula operasi cari hotel!

Langkah pertama kalau nak mudah, pergi cari Terminal 2 untuk anda dapatkan tiket Tourist Pass. Hahaha.. Murah sket lah sebab nak pegi jalan beberapa hari je kan.


Terminal 2 untuk anda dapatkan tiket Tourist Pass
Terminal 2 untuk anda dapatkan tiket Tourist Pass


So untuk Tourist Pass nih, bagi 3 hari dengan UNLIMITED pada harga SD20 + SD10 (deposit). Selesai membeli tiket nih, maka bergeraklah ambik MRT. Nak ke hotel yang dah dibooking tu boleh amik ke Stesen Clarke Quay. Jalan kaki 10 minit dan dah sampai hotel.

Yang bagus dia, nak check in hotel nih mudah saja, kita gunakan kiosk. Hanya deposit SD20, tekan tekan sket, pastu dah boleh dapatkan kunci bilik.


Nak ke hotel yang dah dibooking tu boleh amik ke Stesen Clarke Quay
Nak ke hotel yang dah dibooking tu boleh amik ke Stesen Clarke Quay

nak check in hotel nih mudah saja, kita gunakan kiosk
Nak check in hotel nih mudah saja, kita gunakan kiosk


Sebab hotel nih kategori dia untuk traveller, especially yang backpack, maka konsep dia pun memang sangat ler kena berkongsi. Toilet pun kena share. Jadi yang perempuan tu mungkin susah sket lah kan. Lelaki nih ok jer main belasah.

Dalam bilik pula, sangat kecik weyh. Katil dua tingkat, saya plak kena bahagian atas. Nak duduk pun tak boleh! Nak solat pun jenuh ambik angle. Hahahahaha..


Dalam bilik pula, sangat kecik weyh
Dalam bilik pula, sangat kecik weyh


Lepas selesai berehat, maka petang tu kami keluar lah jalan-jalan ke kawasan sekitar. So jalan kaki jer lah mudah. Lagipun tempat kitorang tu sebab city centre maka nak ke mercu tanda Singapura semua dekat. So ini antara mercu tanda yang popular di Singapura, iaitu Merlion, Esplanade, Marina Sand Bay dan Garden by the Bays.


Backpack 3 Hari 2 Malam ke Singapura Dengan RM384 Saja!

Backpack 3 Hari 2 Malam ke Singapura Dengan RM384 Saja!

Backpack 3 Hari 2 Malam ke Singapura Dengan RM384 Saja!

Backpack 3 Hari 2 Malam ke Singapura Dengan RM384 Saja!

Backpack 3 Hari 2 Malam ke Singapura Dengan RM384 Saja!

Mercu tanda utama Singapura, The Merlion
Mercu tanda utama Singapura, The Merlion

Backpack 3 Hari 2 Malam ke Singapura Dengan RM384 Saja!

Backpack 3 Hari 2 Malam ke Singapura Dengan RM384 Saja!



Bila dah mula gelap sket, kami bergerak ke satu lagi tempat famous di Singapura, iaitu Restoran Zam Zam untuk makan malam. Nak ke sini, boleh naik MRT dan turun ke Stesen Bugis. Murtabak dia memang wajib kena rasa lah kan. So malam tu kitorang try jugak Briyani Kambing dan Murtabak femes dengan kos lebih kurang SD15 (RM45).


satu lagi tempat famous di Singapura, iaitu Restoran Zam Zam

Briyani Kambing dan Murtabak femes dengan kos lebih kurang SD15 (RM45)


Selesai menjamu selera kami bergerak ke Masjid Sultan, yang terletak berhadapan saja dengan restoran tersebut. Ini pun jugak salah satu mercu tanda yang perlu anda kunjung jika ke Singapura.

Secara jujur saya suka dengan banyak pendekatan yang digunapakai di masjid ini. Sebagai contoh konsep penjimatan air, pendedahan kepada pelancong luar dan lain-lain. Bukan sahaja jadi tempat beribadah, malah juga jadi sebagai pusat perkembangan Islam yang lebih mesra dengan orang Islam dan bukan Islam. Memang terbaik!


Masjid Sultan, yang terletak berhadapan saja dengan restoran tersebut. Ini pun jugak salah satu mercu tanda yang perlu anda kunjung jika ke Singapura

Masjid Sultan, yang terletak berhadapan saja dengan restoran tersebut. Ini pun jugak salah satu mercu tanda yang perlu anda kunjung jika ke Singapura


Habis solat, kami makan sket di Boosuroh Street, sambil tengok-tengok cenderamata yang boleh dibawa balik untuk diberikan kepada rakan. Hahahaha.. punya seronok shopping sampai tak sedar, dah berbelanja sampai SD30 (RM90). Ok dah jom kita balik!

So, hari pertama nih saja semua kos adalah sebanyak RM570.



HARI 2
Untuk hari kedua ini, kami bersarapan ringkas di hotel dulu. Mereka bekalkan free roti dan juga cereal. Kemudian kami bergerak ke Harbourfront sebab cadangnya hari nih nak ke Sentosa Island. So dari sana ambik Sentosa Express pada harga SD4 seorang.


Harbourfront sebab cadangnya hari nih nak ke Sentosa Island

Harbourfront sebab cadangnya hari nih nak ke Sentosa Island

Harbourfront sebab cadangnya hari nih nak ke Sentosa Island


Tiket nak masuk Universal Studio Singapore (USS) pula pada harga SD76. Sebenarnya kos nih lebih murah kalau boleh dapatkan awal menerusi online. Disebabkan masa yang tak mencukupi, maka kami cadang hanya bergambar di luar saja. Banyak lagi tempat yang nak pergi.

Sebelah pintu masuk USS, ada kedai juga kalau semua nak dapatkan cenderamata. So saya beli lah jugak beberapa merchandise daripada USS berupa topi dan t-shirt dengan harga SD45. Saja laah buat kenangan.


Tiket nak masuk Universal Studio Singapore (USS) pula pada harga SD76

Tiket nak masuk Universal Studio Singapore (USS) pula pada harga SD76

Tiket nak masuk Universal Studio Singapore (USS) pula pada harga SD76

Tiket nak masuk Universal Studio Singapore (USS) pula pada harga SD76

Tiket nak masuk Universal Studio Singapore (USS) pula pada harga SD76


Dari sana kami bergerak ke Siloso Beach. Sebelah siang nih takdek apa sangat. Dan dia punya panas tu memang kering tekak weyh. Jadi berhenti sekejap ke Marry Brown dan dapatkan makanan halal pada harga SD12.

Sempat juga saya nak beli cenderamata dengan lebih kurang SD20, sebelum balik keluar dari Sentosa Island.

So dari sana, guna line purple terus ke Farrer Park, sebab kami nak ke Mustafa Centre. Haaa. yang ini pening sket, sebab kami tak clear sangat. Rupanya amik Exit C, ambik kiri. Lepas tu seberang jalan baru lah dapat jumpa.


guna line purple terus ke Farrer Park, sebab kami nak ke Mustafa Centre
guna line purple terus ke Farrer Park, sebab kami nak ke Mustafa Centre


Untuk yang nak memborong barang banyak giler dan murah giler memang boleh datang sini. Memang banyak giler lah. Sampai pening kepala nak memilih. Rasanya tak banyak sangat shopping kat sini, sebab banyak cenederamata dah beli.

Selesai di Mustafa Centre, kami bergerak ke Garden by the Bay sampai di sana jam 7 petang. Sempat juga kami enjoy persembahan malam di Garden by the Bay dengan lampu-lampu yang menarik. Rasa macam dalam filem The Avatar pulak.



Selesai persembahan yang lebih kurang 30 minit tu kami bergerak pulak ke Singapore Flyer. Mujor orang tak ramai, so lepas beli tiket dengan harga SD33, kami pun menikmatilah keindahan malam Singapura dari atas Singapore Flyer. Memang nice cantik sangat. Nampak semua mercu tanda yang ada kat sini.

dengan harga SD33, kami pun menikmatilah keindahan malam Singapura dari atas Singapore Flyer

dengan harga SD33, kami pun menikmatilah keindahan malam Singapura dari atas Singapore Flyer

dengan harga SD33, kami pun menikmatilah keindahan malam Singapura dari atas Singapore Flyer


Malam sebelum balik, kami sempat juga dulu kita makan di Kg Glam Cafe, Arab Street pada harga SD12. Sempat lah lepak-lepak dan merasa pengalaman feeling jadi orang Singapura.


HARI 3
Hari ketiga pun sama. Kami mula dulu dengan breakfast yang percuma tu dan terus check out. Oleh sebab beg pun jenis kecik jer, sebab travel backpack maka tak lah rasa pelik sangat nak jalan-jalan kat sana.

So target kami hari nih adalah ke Orchard Road, yang merupakan destinasi popular dalam kalangan pelancong ke Singapura. Senang cerita dia, Orchard Road nih ala-ala Bukit Bintang lah, yang penuh dengan kedai-kedai berjenama premium.


Orchard Road, yang merupakan destinasi popular dalam kalangan pelancong ke Singapura
Orchard Road, yang merupakan destinasi popular dalam kalangan pelancong ke Singapura


Lepas jalan-jalan, kami bergerak ke Lucky Plaza. So kat sini sebenarnya harga cenderamata tu lebih murah berbanding yang kami dah borong sebelum nih. 7 barang untuk SD10. Hehhe. Takpe. takpe. Lain kali kita datang, kita shopping sini jer yer.

Sambil jalan-jalan tu kami juga terjumpa Masjid al-Falah, yang terletak di kawasan utama di Orchard Road tadi tu. Meskipun terletak di celah-celah bangunan, tetapi nampak lawa sangat Masjid nih. Juga sangat bersistematik, sama seperti Masjid Sultan yang kami pergi pada hari pertama.



Selesai di sana kami ke Fort Canning. Tapi macam tak sempat nak explore banyak sangat. Jadi terus lah bergerak ke Airport Changi.

Dah bergerak ke sana, ke Terminal 2 untuk tukar balik Tourist Pass, dan dapatkan semula deposit SD10. Lepas dah tukar, kami makan dulu di Penang Restaurant dengan harga SD22, juga terletak di Terminal 2.

Kemudian bergerak pula ke Terminal 4 untuk kejar flight AirAsia. Yang seronoknya kat sini, nak lalu imigresen dia dah takyah beratur kat kaunter. Sebaliknya hanya ke mesin auto, pastu terus lalu. Masa yang panjang tu kami tak buang masa, untuk explore kawasan dalam airport Changi yang cukup canggih nih.


Masa yang panjang tu kami tak buang masa, untuk explore kawasan dalam airport Changi yang cukup canggih nih

Masa yang panjang tu kami tak buang masa, untuk explore kawasan dalam airport Changi yang cukup canggih nih


Jangan bimbang kalau transit atau layover lama-lama kat Airport Changi nih sebab ada banyak benda boleh buat. Banyak tempat lepak yang sangat selesa. Ada juga untuk tengok movie, kemudahan mengecas handset, ada persembahan teater digital untuk Peranakan dan ada juga muzium!

So jumlah penuh kos adalah sebanyak
RM79 + RM126 + RM614 = RM819 untuk all in.

Kalau nak tolak flight dan penginapan pulak lagi murah, iaitu hanya RM384 [SD130] sahaja!


OK itu saja perkongsian saya mengenai perjalanan backpack saya bersama sahabat saya, Ustad Asrul ke Singapura. Semoga membantu untuk mereka yang merancang nak ke sana dalam buat persiapan dengan lebih baik.

Catat Ulasan

0 Ulasan