About Me

Pengaliran Haba dan Keseimbangan Haba

Haba mengalir dari suatu objek yang panas ke objek yang sejuk. Aiskrim yang dibiarkan pada suhu bilik menyerap haba  dan mencair.

   Pengaliran haba boleh berlaku dalam tiga cara berbeza, iaitu konduksi, perolakan dan sinaran.

KONDUKSI
 - proses pengaliran haba dari kawasan panas ke kawasan sejuk melalui medium pepejal.
 - Zarah-zarah yang menerima haba bergetar dan berlanggar antara satu sama lain dengan lebih kerap dan seterusnya memindahkan haba ke seluruh medium.

PEROLAKAN
 - Haba dialirkan melalui pergerakan bendalir (cecair dan gas) dari kawasan panas ke kawasan .
 - Bahagian bendalir yang menerima haba akan mengembang, menjadi kurang tumpat dan naik keatas.
 - Bahagian bendalir yang sejuk dan lebih tumpat akan turun ke bawah.
 - Peredaran bendalir yang naik dan turun secara berterusan ini dikenali sebagai arus perolakan.

SINARAN
 - proses pemindahan haba tanpa sebarang medium
 - haba boleh merambat menerusi ruang kosong atau vakum
 - jenis permukaan, susu dan luas permukaan objek mempengaruhi kadar pengaliran haba.

konduksi, perolakan  dan sinaran haba
konduksi, perolakan  dan sinaran haba

Pengaliran Haba dalam Fenomena Alam
   tenaga haba dari matahari dipindahkan ke bumi melalui sinaran. Cara ini sahaja dapat merambat menerusi ruang kosong . Tenaga yang dipancar dari matahari menembusi lapisan atmosfera lalu diserap oleh tanah dan air. Pemanasan bumi oleh matahari boleh menyebabkan perubahan iklim dan fenomena alam seperti bayu laut, bayu darat, ribut dan sebagainya.

sinaran dari matahari ke bumi
sinaran dari matahari ke bumi


BATU LAUT

BATU LAUT
BATU LAUT

Pada waktu siang, matahari memanaskan darat lebih cepat berbanding dengan laut. Udara panas di darat mengembang, menjadi kurang tumpat dan naik keatas kerana lebih ringan. Udara sejuk yang lebih tumpat bergerak dari permukaan laut untuk mengantikan udara panas di darat dan menghasilkan bayu laut.

BAYU DARAT

BAYU DARAT
BAYU DARAT

Pada waktu malam, darat menjadi sejuk dengan lebih cepat berbanding dengan laut. Udara di permukaan laut yang lebih panas menjadi kurang tumpat lalu naik ke atas. Udara sejuk yang lebih tumpat dari darat bergerak ke laut dan menghasilkan bayu darat.

KONDUKTOR  HABA - bahan yang boleh mengalirkan haba 
PENEBAT HABA - bahan yang boleh menghalang pengaliran haba

KESEIMBANGAN TERMA
 - 2 objek yang berada dalam sentuhan terma dapat memindahkan tenaga haba antara dua objek itu. Tenaga haba dipindahkan dari objek yang bersuhu tinggi ke objek yang bersuhu rendah. Apabila pemindahan haba antara dua objek adalah sifar, objek-objek itu dikatakan berada dalam keseimbangan  terma. 2 objek yang berada dalam keseimbangan terma mempunyai suhu yang sama.

Catat Komen

0 Ulasan