About Me

Fenomena dan Aplikasi Pantulan Gelombang Bunyi

FENOMENA PANTULAN GELOMBANG BUNYI
 - Gema terhasil apabila gelombang bunyi memantul kembali kepada pendengar dari suatu permuakaan keras. Bunyi yang dipantulkan ini menyerupai bunyi asal tetapi mengambil sedikit masa untuk sampai ke telinga pendengar. Gema boleh didengar di kawasan seperti di kawasan dewan tertutup, bilik kosong, gua, terowong dan gaung.

gema yang terhasil di dalam bilik kosong
gema yang terhasil di dalam bilik kosong

APLIKASI PANTULAN GELOMBANG BUNYI
 - Pantulan gelombang bunyi yang berbeza dapat dihasilkan apabila gelombang bunyi terkena pada permukaan yang berbeza. pantulan yang direkodkan ini akan memberikan pelbagai maklumat dan imej yang digunakan dalam pelbagai sektor.
 - ultrabunyi merupakan sejenis gelombang bunyi yang berfrekuensi lebih 20 000 Hz. Ultrabunyi tidak dapat didengar oleh manusia tetapi boleh didengar oleh haiwan seperti kelawar yang menggunakannya untuk memberikannya pantuan arah. Teknologi pantulan ultrabunyi yang dikenali sebagai sonar digunakan dalam industri perkapalan untuk mengesan objek  di bwah air. Teknologi ini juga digunakan dalam sektor-sektor lain seperti perubatan dan perikanan.

gelombang ultrabunyi yang digunakan kelawar
gelombang ultrabunyi yang digunakan kelawar




Catat Komen

0 Ulasan