About Me

Trip ke Vietnam Hari 4

Hari nih hari terakhir kami di Ho Chi Minh City. Maka sebab dah peruntukkan hari kedua untuk shopping di Ben Thanh Market, hari ketiga ke Cu Chi Tunnels dan Mekong River Cruise, maka kami standby hari terakhir untuk kemas barang dan juga kalau-kalau ada nak cari lagi barang.

Selesai check out dari Cititel Hotel, sempat juga bertemu dengan Mrs Khanh yang datang untuk mengucapkan selamat tinggal kepada kami. Beliau juga uruskan van untuk perjalanan kami ke airport.


Seperti dijangkakan, memang beranak ranak lah beg yang dibawa. Mujur dah standby dengan beg-beg kain yang disimpan dalam beg besar, masa datang.

Confirm beg akan beranak lah punya kalau dah seharian shopping di Ben Thanh Market tu. Maka nasihat saya, sila lah bawak banyak beg. 3 beg untuk setiap sorang!

Taktik lain adalah, jangan bawak baju dari Malaysia. Bawak beg kosong pun ok. Datang, dan beli di sini saja. Siap boleh pakai terus. Hahahaha


InshaAllah lepas nih akan ke Vietnam lagi. Selain daripada datang shopping di Ho Chi Minh City, saya merancang untuk mengunjungi Hanoi pulak lepas ni. Hanoi yang terletak 1000km jauh di Utara Vietnam, juga merupakan ibu kota negara ini. Tarikan utama tentulah akan ke Halong Bay.

Ok, sampai jumpa lagi untuk trip seterusnya. Semoga panduan diberi boleh membantu anda merancang percutian anda di Vietnam!



Catat Ulasan

0 Ulasan